KOMENTAR – Binatang Peliharaan Tidak Sepatutnya Disamakan Dengan Anak Sendiri
Seorang warganet telah menyuarakan rasa tidak senangnya bila mendengar sesiapa yang memelihara binatang peliharaan seperti kucing, sebagai “ibu bapa” mereka.
Beliau telah membuat kenyataan itu di sebuah ruangan yang dikendalikan Khainis Tahir pada hujung minggu lalu.
Binatang-binatang tersebut pula walaupun telah diberikan nama, dianggap dan dipanggil seperti anak kandung mereka sendiri, dengan gelaran furrybabies.
Menurutnya lagi, agak pelik bila binatang peliharaan kesayangan ini diberikan lebih perhatian daripada anak sendiri. Lebih-lebih lagi di kalangan suami isteri yang tidak mempunyai zuriat.
Beliau menambah, neneknya pernah pesan kalau pelihara kucing memang susah nak conceive.
Tapi, kenapa kucing? Kenapa tak tambahkan usaha untuk mendapatkan zuriat, katanya.
Warganet tidak berlengah lagi dengan reaksi masing-masing. Antara ramai yang membalas merupakan pencinta kucing yang juga mempunyai anak.
Ramai juga tahu bahawa memang tiada kaitan saintifik langsung antara zuriat dan pemeliharaan kucing di rumah.
Zuriat memang merupakan satu perkara sensitif kerana ia bersifat peribadi. Malahan, ia merupakan kuasa dan kurniaan dari-Nya.
Namun masih ada yang boleh bawa berbincang secara aman.
Dan ada juga mengambil jalan tengah.
Ada seorang “Bapa” kepada dua ekor kucing turut berkongsi pengalamannya;
Beliau akhiri dengan kata-kata rangsangan untuk pasangan yang senasib dengannya agar jangan putus asa dan terus berikhtiar.
Aamin.
Luahan wartawan: Curhat / curahan hati seseorang tu kadangkala sebenarnya mencerminkan tahap kematangan mereka tentang isu-isu di sekeliling mereka.
Perasaan kasih dan sayang itu memang sukar dijelaskan dengan kata-kata namun bukankah kita memang seharusnya saling sayang-menyayangi sesama manusia dan makhluk-makhlukNya?
Setiap individu juga berbeza cara menunjukkan kasih sayang mereka terhadap sesama manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Kata-kata mereka mencerminkan bagaimana mereka dapat berfikir atau menerima hukum akal dan aturan dunia sedia adanya. Memang kita semua digalakkan berfikir di luar kotak, namun minda yang berfikir pun perlu bersertakan hati yang tulus.
Ada kalanya, sebelum anda menyuarakan / mempersoalkan sesuatu itu, sudahkah anda lihat kiri kanan, toleh depan belakang, di luar kepompong anda. Sekurang-kurangnya tanya members dahulu untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum ketengahkan di socmed.
Sebaik-baiknya silalah fact check terlebih dahulu dengan Cik Google dan Puan Wiki dan bukan sekadar menurut kata dan kepercayaan orang-orang tua secara membuta-tuli.
Sekiranya anda sekadar memang inginkan perhatian ramai dengan curhat yang menyinggung orang ramai secara sengaja ataupun tidak, ini hanya mengesahkan bahawa sesungguhnya otak anda nun jauh di lutut.
Comments