Koleksi Beg Rosmah Musnah Akibat Kecuaian Pegawai
Sumber: Free Malaysia Today
Koleksi beg mewah bekas First Lady Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor, yang bernilai berjuta ringgit, musnah setelah pegawai-pegawai polis yang dikerah untuk merampas beg-beg tangannya pada 2018 cuai dalam pengendalian mereka.
Pada 10 Jun (Rabu), Mahkamah Tinggi Malaysia diberitahu kerosakan pada beg-beg tangan berkenaan ditemui Datuk Seri Najib Razak, Datin Rosmah dan anak mereka, Nooryana Najwa, sewaktu pemeriksaan dijalankan 22 Februari lepas dalam peti besi Bank Negara.
“Tiada tanda hormat sama sekali terhadap barang-barang yang dirampas meskipun mereka (polis) tahu, barang-barang tersebut sangat berharga kerana terdahulu, mereka telah menandakan beg-beg tersebut dengan magic ink,” jelas peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kepada The Star.
Sumber: Hollywood Reporter
“Kerajaan harus bertanggungjawab untuk membayar atau mengganti barangan tersebut,” tambahnya menerusi laporan South China Morning Post.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin menolak tuntutan tersebut kerana barang-barang yang dirampas telah didokumentasikan dengan betul.
Tambahnya, tidak tepat untuk mendakwa bahawa koleksi beg tangan Datin Rosmah dirosakkan kerana kesemua barangan disimpan rapi dalam peti besi Bank Negara, yang cuma boleh diakses pegawai yang telah diberikan kebenaran.
Apekah! (Sumber: Reuters)
Luahan wartawan: Kenapalah cuai sangat ? Kalau hati-hati dah boleh jual balik beg tu kat Carousell. Tak pun boleh buat Raya tahun depan. Korang ni eh…Kan dah wasted?
Tapi kan, aku suspect dorang sengaja rosakkan the barang-barang to take revenge. Hmph mesti haters Najib.
תגובות