top of page
Writer's pictureLintah Darah

Kisah Rina Antara Sebab Program Kembali Ke Fitrah Dilaksanakan


Program Kembali Ke Fitrah

Wawancara bersama Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, Encik Amrin Amin, di podcast OKLETSGO telah merungkai isu-isu sosial yang dihadapi ramai belia di kalangan warga Melayu/Islam Singapura.


Menyusuli kisah ‘Rina’ yang kehilangan bayi prematurnya pada usia 21 tahun akibat penderaan domestik dan penyalahgunaan dadah, Encik Amrin berpendapat bahawa tunggak utama yang menghancurkan hidup Rina tiga tahun lalu adalah dadah.

Family Guy

Sumber: Family Guy


“Oleh kerana dia terperangkap dalam gejala dadah, kenalan-kenalan dia juga mempunyai tabiat yang sama. Malah, ada beberapa kawannya yang merosakkan dirinya. Contoh, pengedar dadah yang memukulnya,” jelas Encik Amrin.


Meskipun beliau akur bahawa pendekatan seorang belia dengan dadah mungkin disebabkan keretakan keluarga, Encik Amrin menegaskan bahawa masalah sebegitu tidak harus menghambat para belia daripada membuat keputusan yang bernas.

Hey, I never thought of it that way

“Mungkin pada usia yang muda, dia rasa ‘tak cool’ kalau tak ikut cakap kawan. Tapi kalau pada mulanya Rina mempunyai keberanian untuk menolak pelawaan rakan-rakannya untuk mencuba ‘ice’, usia remajanya tidak akan disia-siakan begitu.”


“Saya telah berjumpa dengan ramai belia yang diklasifikasikan oleh masyarakat sebagai samseng atau ‘no hope’. Tapi mereka sebenarnya sangat mulia. Cuma apabila mereka rasa mendak, tak tahu apa nak buat, keseorangan, mereka mula bergaul dengan abang-abang yang bermasalah.”


“Jadi sebab itu dalam kehidupan kena ada pendirian. It’s not just about wanting to fit in. Just because everybody buys toilet paper, doesn’t mean it’s ok.”


Dalam pada itu, Encik Amrin turut berkongsi bahawa pemerintah telah mengeluarkan beberapa inisiatif bagi membantu individu yang terjerat dalam gejala dadah dan bekas banduan untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Antaranya ialah pakej Kembali Ke Fitrah di bawah naungan Pusat Khidmat

Antaranya ialah pakej Kembali Ke Fitrah di bawah naungan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), sebuah usaha (M³) – Muis, Mendaki dan Mesra, di mana bekas pesalah akan diberikan keperluan asas seperti ez-link, sejadah dan baucar makanan saat mereka dibebaskan di pintu penjara.


Di samping itu, bekas pesalah juga didampingi para pegawai dan sukarelawan (befrienders) agar mereka tidak rasa keseorangan setelah keluar dari penjara.


Terdapat juga kempen Dadah Itu Haram untuk menyebarkan mesej antidadah dalam kalangan Melayu/Islam setempat.

Akhir sekali, Encik Amrin menamatkan perkongsiannya dengan kata-kata perangsang:

Akhir sekali, Encik Amrin menamatkan perkongsiannya dengan kata-kata perangsang:

“Anda tidak keseorangan. Ada banyak cara untuk anda merisik bantuan dan kami (masyarakat dan pemerintah) sedia untuk membantu. Jangan putus asa, jangan fikir diri anda tidak berguna. Ada ramai pesalah yang telah berjaya dalam kehidupan. Cuma kena ada harapan, keyakinan diri dan kemahuan untuk keluar dari gaya hidup begitu. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.”
I'm not good at anything

Untuk mendengar kisah Rina, click link dibawah ini:

Part 1: Kisah Rina

Part 2: Kisah Rina

Part 3: Kisah Rina

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page