top of page
Writer's pictureLintah Darah

Khairul Aming Luah Rasa Kecewa, Sambal Nyet Diciplak Oleh Pihak Yang Nak Keuntungan Pantas


Sambal Nyet Diciplak
Khairul Aming

Sumber: redaksi.com

Itulah frasa rangkap yang sering digunakan oleh influencer sosial media yang terkenal dengan masakannya, Khairul Aming. Lagi-lagi pada bulan Ramadhan ini, video masakan beliau menjadi salah satu tempat rujukan utama untuk membuat juadah berbuka puasa.


Selain daripada resipi hidangan masakan yang mudah, produk Sambal nyet yang dijualnya juga mendapat sambutan yang amat hangat daripada peminatnya.

sambal nyet berapi

Sumber: Instagram, @khairulaming

Baru-baru ini, Khairul Aming meluahkan rasa kecewanya di lelaman Twitter apabila ada pihak yang tidak bertanggunjawab menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama produknya.

tidak bertanggunjawab menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama produknya

Sumber: Twitter, @khairulaming

Beliau berkongsi tentang kes tersebut di mana seorang individu yang menjual Sambal Nyet miliknya itu mengaku dirinya sebagai reseller. Namun, ternyata sambal yang dijual adalah palsu dan sudah 700 botol terjual setakat ini.


Lebih merisaukan, Khairul Aming juga memaklumkan bahawa sambal yang dijual itu kerap mendapat kritikan dari pembeli kerana ia berbuih dan penghantarannya juga sangat teruk.

mendapat kritikan dari pembeli kerana ia berbuih dan penghantarannya juga sangat teruk

Sumber: Twitter, @khairulaming

Oleh sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat perbandingan dan menyiasat hal tersebut dengan meminta kawan beliau membeli sambal tersebut dari reseller itu.

meminta kawan beliau membeli sambal tersebut dari reseller itu

Sumber: Twitter, @khairulaming

Apabila dibandingkan, terdapat banyak perbezaan dengan sambal milik Khairul Aming dan juga sambal tiruan tersebut. Antaranya adalah pelekat botol sambal itu sehinggalah poskad yang digunakan, semuanya mempunyai perbezaan dari segi font dan juga kualiti gambar.

semuanya mempunyai perbezaan dari segi font dan juga kualiti gambar
Antaranya adalah pelekat botol sambal itu sehinggalah poskad yang digunakan

Sumber: Twitter, @khairulaming

Bukan hanya itu, tekstur sambal juga langsung tidak sama dan agak memualkan. Baunya seperti minyak goreng ikan dan cili yang digunakan turut kelihatan berkeladak.

Bukan hanya itu, tekstur sambal juga langsung tidak sama dan agak memualkan. Baunya seperti minyak goreng ikan dan cili yang digunakan turut kelihatan berkeladak

Sumber: Twitter, @khairulaming

Apa yang menyedihkan adalah maklum balas pembeli yang kecewa dengan sambal yang sudah dibeli dari reseller tersebut namun meminta dipulangkan kembali wang mereka daripada Khairul Aming.

dibeli dari reseller tersebut namun meminta dipulangkan kembali wang mereka daripada Khairul Aming

Sumber: Twitter, @khairulaming

Apabila disiasat, mereka mengaku membeli sambal itu dari individu yang menggunakan nama alamat Masturaaliyah (Heaunty Legacy).


Oleh kerana beliau tidak mahu orang ramai ditipu dan juga mengambil kesempatan terhadap produk tersebut, Khairul Aming bertindak untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi.

Khairul Aming bertindak untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi

Sumber: Twitter, @khairulaming

Di akhir penulisannya, beliau memohon maaf kepada para pembeli kerana stok Sambal Nyet yang dipasarkan melalui Shopee kerap kehabisan stok walaupun sudah menaikkan kapasiti jualan dengan 4,000 botol setiap hari.

Sambal Nyet yang dipasarkan melalui Shopee kerap kehabisan stok walaupun sudah menaikkan kapasiti jualan dengan 4,000 botol setiap hari

Sumber: Twitter, @khairulaming

Semoga kes penipuan ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya orang tidak ditipu lagi dan Khairul Aming juga mendapat keadilan sepenuhnya.

justice is served

Luahan Wartawan: Very smart of Khairul Aming to sell the product on his own instead of relying on resellers. Sekarang benda da jadi macam gini, senang jer nak trace balik and know that its not his product. Quality control at its best.


Harap-harap Khairul dapat keadilan sepenuhnya dan harap-harap juga orang yang beli dan makan sambal ciplak tu semua okay and had no side effects.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page