Kenapa Wedding Vendor Tak Boleh Kasi Balik Deposit
Sumber: HundredPrints
Luahan seorang bakal pengantin yang seharusnya melangsungkan perkahwinannya pada bulan Jun tahun ini telah menarik perhatian.
Memang payah nak jelaskan kepada makcik pakcik tok cik dan sewaktu dengannya tentang keadaan Covid yang masih berterusan ni, walaupun sudah dipesan setiap hari di mana-mana sahaja, dengan alasan…
“Kecil hati aku tau, kalau kau tak jemput. Kita kan keluarga. Covid tak Covid. Aku tetap datang!”
Namun masalah terbesar seorang ialah mendapatkan wang cengkeram yang telah diberikan kepada pihak pengurusan persandingan mereka, yang sudah ditempah sejak setahun lalu.
TLDR;
Sis nak kahwin besar-besar, duit dah jatuh banyak-banyak, sekarang Covid sudah bikin susah, Sis nak bikin nikah sahaja.
KENAPA SIS TAK BOLEH DAPAT BALIK DEPOSIT, HA?!?
Jawapan yang ditunggu pun muncul tidak lama kemudian. Seorang yang cukup berpengalaman dalam industri majlis perkahwinan telah membalas dengan memberikan sepatah dua kata.
Covid telah menjejas setiap perniagaan di SELURUH dunia, bukan sahaja di Singapura, bukan sahaja di kalangan mana-mana masyarakat tertentu, bukan hanya menjejas majlis perkahwinan anda.
Pi-mai-Pi-mai-tang-tu
Pergi balik pergi balik tetap kat situ. Perniagaan tetap dengan syarat dan peraturan / TnC mereka sendiri yang sudah dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua belah pihak.
TLDR;
Sedangkan perniagaan besar di dunia boleh lingkup, sedangkan SIA hentikan ribuan pekerjanya, apatah lagi perniagaan SME seperti ini. Wang deposit anda sebenarnya telah digunakan untuk membuat tempahan perkhidmatan yang lain, juga telah disalurkan kepada tempahan barangan dan pekerja-pekerja.
Kita perlu sama-sama bertenang sepanjang pandemik ini sementara terus mencari jalan keluar yang terbaik.
Luahan wartawan: Sebenarnya, ini bukan perkara baharu sis.
Kekecuhan ini bukan hanya di kalangan majlis-majlis perkahwinan Melayu / Islam sahaja, malah setiap majlis perkahwinan tak kira bangsa dan agama turut terjejas, selagi pandemik ini belum selesai.
Mungkin ada yang lebih fasih dan faham setelah membaca artikel Omputeh yang disertakan ini.
Kadang-kala, kita terlalu taksub dengan kerugian pada diri sendiri sehinggakan kita lupa bahawa kita bukanlah satu-satunya masyarakat di dunia yang terjejas teruk akibat pandemik ini.
Mungkin ini merupakan salah satu ujian Nya untuk menyatukan kedua-dua belah pihak sebagai satu keluarga.
Ujian yang “make-it or break-it”.
Satu hari nanti anda pasti hanya mahu imbas kembali kenangan terindah bernikah semasa Covid. Walaupun tidak semegah impian, namun banyak yang dapat dijimatkan untuk keperluan yang lebih penting.
Bukannya anda langsung tidak bernikah / berkahwin sama sekali. Malah masih ada pernikahan yang selamat dijalankan secara kecil-kecilan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan MOH dan ROMM.
Sepakat, bermuafakat, mencari berkat, Insya Allah, selamat.
PS: Tiket flight, pakej honeymoon pun kira gone – tak bising ketuk pintu pejabat airline / travel agents pulak, eh?
Comments