top of page
Writer's pictureChap Chai

Kemejan 28kg Ditangkap Di Bedok Jetty


Kemejan 28kg Ditangkap Di Bedok Jetty

Hasil tangkapan seorang pemancing di Singapura menjadi tular apabila pemancing tersebut memuatnaikkan gambar tangkapannya itu di media sosial. Ikan yang dipancingnya itu merupakan spesies ikan jerung yang bernama ‘shovelnose shark’.


Posting pemancing itu, Shoreangler Alo, telah meraih lebih daripada 250 likes, 19 komen dan 1400 shares.

Posting pemancing itu, Shoreangler Alo

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Menurut posting tersebut, ikan ‘shovelnose shark’ yang dipancing Shoreangler Alo itu beratnya lebih kurang 28kg dan mengambil kekuatan 5 orang untuk mengangkatnya daripada air ke darat. Ikan tersebut dipancing menggunakan umpan yang merupakan seekor sotong kecil.

shovelnose shark

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Kejadian tersebut berlaku di Bedok Jetty pada malam 29hb Mac 2021.


Alo juga mengatakan bahawa beliau menggunakan joran berjenama Penn Slammer yang terkenal dengan kualiti joran-joran buatan mereka. Beliau juga menggunakan fishing reel CTS 12000.

fishing reel CTS 12000

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Menurut komen daripada Shoreangler Alo sendiri pada ruangan komen postingnya itu, beliau mengatakan bahawa ikan gergasi masih hidup dan terus berenang apabila ia dilepaskan kembali ke dalam air.

ikan gergasi masih hidup dan terus berenang apabila ia dilepaskan kembali ke dalam air

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Shoreangler Alo juga mengatakan bahawa ikan shovelnose shark itu bukanlah tangkapan pertama beliau pada malam itu. Sebelum memancing ikan itu, beliau sudah pun menangkap seekor ikan pari seberat 11kg.

Facebook, Shoreangler Alo

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Keempat-empat lelaki yang membantu Shoreangler Alo untuk mengangkat tangkapan gergasi nya itu ke darat juga meninggalkan komen mereka di ruangan komen posting itu.

Keempat-empat lelaki yang membantu Shoreangler Alo

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Ada juga netizen yang meluahkan rasa bimbang atas kecederaan yang dialami oleh ikan shovelnose shark dan bimbang ia tidak dapat bertahan lama setelah dilepaskan kembali ke dalam air.

bimbang ia tidak dapat bertahan lama setelah dilepaskan kembali ke dalam air

Sumber: Facebook, Shoreangler Alo

Ikan ‘shovelnose shark’, atau nama sebenarnya, shovelnose guitarfish merupakan spesies ikan yang telah disahkan sebagai critically endangered kerana penilaian yang tinggi untuk daging dan juga siripnya.

Ikan ‘shovelnose shark’

Luahan Wartawan: That is one monster of a fish. 28kg is no joke. Berat tu. Siapa yang pernah memancing will know, kadang-kadang bergelut macam nak rak, sekali dapat ikan tak sampai 1kg.

fishing

Ni 28kg?? Fuh, respect gila dengan uncle ni. And the fact that he released it back in the water. Betul nya respect.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page