Kemas, Tenaga Kerja Masjid Susun Selipar Secara ‘Social-Distancing’ Ketika Sholat Jumaat
Dalam pada kaum Adam menunaikan solat Jumaat, kaum Hawa pula menggalas tanggungjawab untuk memastikan keselamatan jemaah yang hadir terjamin.
SUSUNKAN KASUT JEMAAH
Selaras dengan standard operations procedure (SOP) yang dikeluarkan kerajaan Malaysia, tenaga pekerja wanita dari Masjid Putrajaya telah memulakan inisiatif untuk menyusun dan menjarakkan kasut dan selipar jemaah lelaki.
Langkah proaktif ini bukan sahaja membuat keadaan di perkarangan masjid kelihatan kemas dan bersih bahkan juga, mengurangkan kemungkinan jemaah daripada berebut dan bertembung antara satu sama lain ketika mencari kasut selepas habis beribadah.
Terkesima dengan usaha kakitangan Masjid Putrajaya, Mohd Fadhil telah mengongsi pengalamannya menjadi jemaah di masjid tersebut dan berharap agar masjid-masjid lain boleh mengikut serta langkah-langkah jarak selamat yang diambil.
Di samping itu, seorang warganet juga memberi cadangan agar jemaah membawa masuk kasut, yang sudah disimpan dalam beg, ke dalam masjid.
Semoga usaha jarak selamat yang diterapkan setiap masjid di sekeliling dunia mujarab agar umat Islam dapat teruskan melakukan ibadah meski dalam keadaan pandemik ?
Luahan wartawan: Kan kemas macam ni. Takdelah bertimbun, bersepah sampai susah nak cari kasut. Actually, bukan time COVID-19 jer kena teratur. Ni kan tempat suci jadi kalau boleh, make it as clean and neat as possible lah kan. And rasanya tak perlu kena ada staff susunkan kasut. Atur sendiri pun boleh kan gais?
Commentaires