Kemalangan Sampai Tercampak Keluar Van, Budak Perempuan 8 Tahun Langsung Koma
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun masih lagi dalam koma setelah tercampak keluar dari sebuah van Jumaat lalu.
Kemalangan tersebut berlaku di Woodlands Ave 12 menghala ke SLE dan ia melibatkan sebuah van dan kereta Audi merah. Kanak-kanak perempuan itu merupakan salah satu daripada empat mangsa yang dibawa ke hospital.
Menurut laporan Shin Min Daily dan Lianhe Wanbao, bapanya, Encik Tan mengatakan bahawa sehari dua ini amat kritikal untuk menentukan nasib anaknya itu.
Polis mengatakan kemalangan tersebut dilaporkan sekitar 8.10 malam dan 3 mangsa van tersebut telah dikejarkan ke hospital Khoo Teck Phuat. Pemandu van yang berusia 56 tahun ditahan atas kesalahan memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kecederaan.
Warganet menyalahkan kedua-dua pemandu kerana memecut dan membahayakan nyawa orang lain.
Menurut seorang penunggang motosikal yang berada di tempat kejadian, beliau mendengar bunyi dentuman yang kuat dan tangisan seorang wanita selepas itu.
Ada juga warganet yang menyatakan “U-Turn” di daerah itu memang “berpuaka” kerana gelap.
Kes masih lagi dalam siasatan.
Luahan Wartawan: Kesian budak tu. Orang lain yang nak speeding, dia yang kena tanggung derita.
Menurut video dashcam yang dimuat naikkan di ROADS.sg, kereta Audi tu tak sempat brek kerana kelajuan yang berlebihan.
Let’s pray for the poor girl to come out of the coma.
Comments