top of page
Writer's pictureLintah Darah

‘Kedai Pernah Sayang’ Bantu Menjual Semua Barangan Bekas Kekasih Anda


Kedai Pernah Sayang

Pasti ramai yang celaru dengan apa yang patut dilakukan dengan hadiah yang diberikan oleh individu yang tidak lagi relevan dalam kehidupan — A.K.A your useless ex.


Hendak dibakar, wasted. Hendak disimpan, dikenang-kenang. Kalau cuba jual di Instagram sendiri, nampak desperate.


To safe you the hassle, laman Instagram @kedaipernahsayang boleh membantu golongan broken hearted menghapuskan segala memori anda bersama si dia.

@kedaipernahsayang

BANTU JUAL SEMULA

Berpegang pada cogan kata “kedai yang memberi harapan kepada hati yang lara”, gerai dalam talian ini membantu umum melelongkan pemberian bekas kekasih mereka dengan harga jauh lebih rendah.


Misalnya, seutas jam tangan Bonia yang asalnya berharga RM738, dijual pada harga RM400 sahaja. Win-win for both seller and buyer lah kan.

Misalnya, seutas jam tangan Bonia yang asalnya berharga RM738

Di samping membuat duit, mereka yang mengambil khidmat @kedaipernahsayang juga diberi ruang untuk meluahkan kebencian mereka terhadap bekas kekasih di bawah seksyen “hate towards ex” dan “note to ex”.

kedaipernahsayang
hate towards ex
note to ex

BANYAK BARANGAN TERJUAL


Menerusi perkongsian pemilik akaun, nampaknya banyak item — menjulat daripada teddy bear kepada barangan elektronik dan kemasan — laku di kalangan pengikut.

Contohnya:

- Cincin Daniel Wellington;

Cincin Daniel Wellington

- Rantai Swarovski;

Rantai Swarovski

- dan jam Casio.

jam Casio

Namun, masih ada lagi barang-barang yang in stock yang menantikan pemilik baharu seperti:

- Baju nikah dari tahun 2007;

Baju nikah dari tahun 2007

Sumber: Instagram

- Mikrofon untuk ex yang berangan nak jadi rapper;

Mikrofon untuk ex yang berangan nak jadi rapper

Sumber: Instagram

Dan minyak wangi Chanel bau skandal

Dan minyak wangi Chanel bau skandal

Sumber: Instagram


Jadi tunggu apa lagi? Move on and make money! Dah dapat duit, boleh berjoli! ? Untuk yang masih dalam relationship, belilah untuk pasangan anda. Cheap, cheap, good, good. Dah macam sponsored article pulak.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page