top of page
Writer's pictureLintah Darah

Kedai Cheers Tanpa Pekerja Pertama Dilancarkan Di Our Tampines Hub, Gunakan Artificial Intelligence


Kedai Cheers Tanpa Pekerja Pertama

Sebuah kedai Cheers tanpa dikendalikan pekerja dibuka di Our Tampines Hub. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Cheers SG dan menambah akaun Visa mereka sebagai cara pembayaran sebelum dibenarkan masuk ke kedai.


Terdapat lebih 295 barang makanan dan minuman untuk dibeli kecuali rokok dan arak.


Kedai tersebut mempunyai sistem kecerdasan buatan (AI) dimana aplikasi Cheers SG dipautkan bersama.

Kedai tersebut mempunyai sistem kecerdasan buatan

Pelanggan boleh mengimbas kod QR ataupun menggunakan “face recognition” untuk memasuki kedai

face recognition

Barang-barang yang dibeli dari Cheers tersebut akan direkodkan secara automatik dan di caj kepada kad Visa setelah berjalan keluar dari kedai.

Barang-barang yang dibeli dari Cheers tersebut akan direkodkan secara automatik dan di caj kepada kad Visa setelah berjalan keluar dari kedai

Ramai warganet berbelah-bagi terhadap konsep Cheers tersebut kerana bimbang akan pekerja yang mungkin kehilangan sumber rezeki mereka.

Lizzie Woon

Paul Boh

Ada juga berseloroh dan mengenal pasti akan masalah yang mungkin timbul.

Joe Basara

Clarence Ng

Sistem AI ni memang menjadi topik debat seluruh dunia.

Chrissam Ng

Tapi komen ni paling win.

Mohamed Nasri

Cheers tersebut juga mempunyai kamera CCTV yang dilengkapkan dengan teknologi AI untuk memantau gerak-geri pelanggan, demi membanteras kecurian yang mungkin berlaku.

Cheers tersebut juga mempunyai kamera CCTV

Jika berlakunya kecurian, ataupun kerosakan kepada produk di kedai, sistem AI akan menyekat mereka yang bertanggung jawab daripada memasuki kedai pada masa

and you're banned

Buat masa kini, hanya mereka yang mempunyai akaun Visa sahaja boleh menggunakan khidmat kedai Cheers kerana sistem AI tersebut direka khas buat Visa.


Untuk memudahkan pelanggan melanggani kedai berteknologi tinggi, seorang kakitangan akan berada di sekitar untuk membimbing pelanggan dalam tempoh tiga bulan akan datang, sebelum ia menjadi tanpa pemandu sepenuhnya.

I need your help

Kanak-kanak dan warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar atau kad kredit masih boleh memasuki kedai dan membeli barang.


Mereka boleh berbuat demikian selagi aplikasi ahli keluarga mereka mempunyai biometrik muka mereka direkodkan. Barangan akan dicaj kepada kad kredit ahli keluarga mereka, yang didaftarkan ke aplikasi

Barangan akan dicaj kepada kad kredit ahli keluarga mereka, yang didaftarkan ke aplikasi

Cawangan Cheers yang didayakan AI di Our Tampines Hub adalah yang pertama menggunakan sistem dan aplikasi AI canggih. Tetapi ia bukan kedai serbaneka pertama rangkaian tanpa pemandu dan tanpa tunai.


Konsep kedai tanpa pengendali dan tanpa tunai pertama adalah di Politeknik Nanyang pada 2017. Dua lagi dibuka di Universiti Kebangsaan Singapura.


Pembayaran pelanggan di kedai-kedai ini dibuat menggunakan kad kredit atau telefon pintar.


Luahan Hati Wartawan: In all honesty, leceh jack. Dah lah takde rokok, menyusahkan.

hassle free

It’s a cool concept but there will be more cons in the future. AI is a learning machine and that means it can learn good or bad, depending on what you feed it.


okay, I will destroy humans

Plus with the rise of cyber crime, I am worried about the safety of our data.



Podcast Plan B minggu ini!




Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page