top of page
Writer's pictureLintah Darah

Kedai Beriyani Dihentam Pasangan Ejen Hartanah Kerana Sajikan Tulang Kepada Pakcik


Kedai Beriyani

Sumber: Facebook, Awesome Malay Couple SG

Para pelayan dari gerai Prata Specialist dihentam teruk oleh sepasang suami isteri setelah pasangan tersebut mendapati gerai itu menyajikan tulang sahaja kepada seorang pelanggan warga emas yang telah memesan briyani daging.

SAYA MAKAN TULANG!

Hal ini dikemukakan kelmarin (10 Ogos) menerusi sesi Facebook ‘live’.

Difahamkan, pelanggan tersebut tidak diberikan isi daging dalam briyaninya yang berharga $7.50.

“Dia bagi tulang jer! Macam mana nak makan?” luah pelanggan tersebut.

Menurut penjelasan pasangan ini, yang duduk berhampiran pelanggan tersebut, “daging” yang diberikan seperti keratan “bone steak” dan tidak mempunyai sebarang isi.

keratan “bone steak” dan tidak mempunyai sebarang isi

Sumber: Facebook, Awesome Malay Couple SG

Tidak boleh menelan “daging” yang diberikan kerana ia “keras macam batu”, pelanggan tersebut memberi maklum balas kepada salah seorang pelayan yang sedang bertugas.


Namun, pelayan tersebut dikatakan tidak menghiraukan maklum balas pelanggan tersebut. Sebaliknya, dia didakwa memanggil pelanggannya “bodoh” sambil menghentak meja.

dia didakwa memanggil pelanggannya “bodoh” sambil menghentak meja

Pelanggan tersebut kemudiannya memberi maklum balas yang sama kepada pengurus gerai Prata Specialist akan tetapi, pengurus tersebut dikatakan melayan pelanggannya dengan penuh kebiadaban.


“Apa lu mau? Lu orang tua tau. Wa respect sama lu. Tapi kalau lu tak suka, lu jangan duduk sini makan. Lu boleh jalan ah orang tua!” cerita semula pasangan tersebut dalam ‘live’ mereka.

Get lost, dingdong

PASANGAN BELA PAK CIK


“Sot” akan layanan yang diberikan, pasangan ini berdepan dengan pekerja-pekerja gerai terbabit untuk membela pelanggan itu.


Dalam konfrontasi itu, pasangan ini dilihat memarahi pekerja-pekerja Prata Specialist dan mengatakan bahawa layanan mereka tidak profesional.


Pada masa yang sama, mereka memberikan pelanggan lanjut usia itu $10 dan menyuruhnya untuk membeli briyani dari gerai lain yang “lebih bagus”

Pada masa yang sama, mereka memberikan pelanggan lanjut usia itu $10 dan menyuruhnya untuk membeli briyani dari gerai lain yang “lebih bagus”

Tonton drama penuh di sini


REAKSI WARGANET


Setakat hari ini (12 Ogos), ‘live’ ini telah meraih 1,000,000 tontonan dan 11,000 kongsian serta lebih 8,000 komen.


Rentetan itu, warganet mengecam khidmat yang diberikan dan mengusulkan untuk memboikot gerai Prata Specialist.

gerai Prata Specialist
Sariah binti kanan
Rentetan itu, warganet mengecam khidmat yang diberikan dan mengusulkan untuk memboikot gerai Prata Specialist

Sumber: Facebook, Awesome Malay Couple SG

Dalam pada itu, warganet turut memuji tindakan pasangan ini.

Mohd Shaari Mohd Shariff
Nur Amalin Sholihah Shuhaimi
Sharom Hamid and Ratna Syamsuhir
Dan Lee

Sumber: Facebook, Awesome Malay Couple SG

‘Live’ tersebut berakhir selepas 15 minit kerena pasangan tersebut hendak mengambil pasport mereka.


Pelanggan tersebut pula dilihat beredar dari Prata Specialist pada minit ke-empat ‘live’ ini.

Luahan Wartawan: Uishhh garang akak ni. Aku tengok, aku yang takut.

Uishhh garang akak ni. Aku tengok, aku yang takut.

Tak baik aniaya pelanggan macam tu. Sedih aku tengok pakcik tu. Macam hampa sangat. Orang datang nak happy happy makan lepas terperuk kat rumah, dahtu kau jual makanan takde standard. Dah buat salah satu, dahtu nak loyar buruk. Nak jual tu, jual betul-betul lah. Macam mana tak kena maki dengan akak tu? Memang memintak sangat.


Bagus akak ni aku suka. She gives me Azwan Ali vibes. Aku rasa she should go to every single shop and makikan jer orang kalau service atau makanan macam taik. Aku sokong content macam ni.


Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify





RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page