Keadaan sesak di masjid semasa solat jumaat
- Plan B
- Apr 8, 2023
- 1 min read
Updated: Feb 5, 2024
Keadaan sesak di masjid-masjid S'pura semasa solat Jumaat meski ada sistem tempahan dan dua sesi sempena Good Friday.

Jemaah berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat tetapi ada yang tidak dapat masuk walaupun sudah membuat tempahan.
Ada jemaah juga yang tidak tahu akan sistem tempahan diperlukan.
MUIS mengeluarkan kenyataan bahawa ia "kecewa" atas kelakuan sesetangah jemaah yang berkongsi tempahan mereka, masuk masjid tanpa tempahan, dan berkerumun di pintu-pintu masjid.
Netizen meluahkan kekecewaan terhadap MUIS dan kakitangan masjid atas pengalaman mereka. Ada yang berpendapat bahawa sistem tempahan tidak diikuti dengan rapi.
Dalam pada itu, ada yang turut berpendapat bahawa komunikasi mengenai sistem tempahan tidak inklusif dan meminta pengumuman dilakukan dalam pelbagai bahasa.
Netizen turut merasakan bahawa tidak adil bagi MUIS untuk mempersalahkan Jemaah dan meminta pihak berkuasa meminta maaf atas kegagalan dalam komunikasi.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...