Kayuh Hantar Makanan, Duit Gaji Disumbangkan Kepada Yayasan
- Lintah Darah
- Jun 6, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 5, 2024

Pasti ramai yang rasa hairan dengan kelibat seorang Mat Salleh berbasikal untuk menghantar makanan dengan seragam GrabFood dan FoodPanda.
Beliau adalah Anthony Houlahan, seorang naib presiden bahagian Strategi Telekomunikasi untuk syarikat Ericsson.
Lelaki berusia 49 tahun yang berasal daripada Wales itu sebenarnya sedang mengumpulkan wang untuk Yayasan Kanser Kanak-Kanak (CCF).
TUJUAN YANG MURNI

Sumber: The entrepreneurs of 04J
Penduduk tetap Singapura itu memulakan kerja amalnya semenjak 22 April (Rabu) dan dia ingin mengumpul $100,000 sebelum pemutus litar (CB) berakhir pada 1 June (Isnin).
Setakat ini, dia telah berjaya untuk mengumpul sebanyak $56,000.
Namun, Anthony akan memanjangkan kempennya hingga 21 Jun untuk cuba mencapai jumlah yang ditetapkannya.
RUTIN KERJA
Walaupun Anthony tinggal sendirian di Singapura kerana isterinya dan kedua anak perempuannya di United Kingdom, ia tidak menghambat semangatnya untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.
Dia juga melakukan ini untuk menjaga kesihatannya dan menyumbang kepada masyarakat.

Sumber: Food Delivery Rider For Charity
Dia akan menghantar makanan daripada 10.30 pagi hingga 6.30 petang di hari biasa dan hujung minggu.
Dalam seminggu, beliau boleh bekerja sebanyak 20 hingga 25 jam.
BERALIH KE FOODPANDA

Sumber: Food Delivery Rider For Charity
Anthony telah berhenti bekerja untuk GrabFood pada 28 Mei (Khamis) dan telah bertukar ke FoodPanda.
Dia membuat penukaran itu kerana FoodPanda bersetuju untuk memberi sumbangan kepada kempennnya.
Mereka juga mempunyai sistem yang membenarkannya untuk menjana pendapatan yang lebih dan masa menunggu di restoran dan jarak antara penghantaran yang lebih kurang dibandingkan GrabFood.
Luahan wartawan: Baik uh sia lelaki ini. He is doing it for a good cause and he gets to keep fit at the same time.
Tak kisah expat atau local, warna darah kita tetap sama. As long as we do something to help, its good enough.
At least there are better news coming up now than the usual shit that has been going viral.
Well done man!

Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...