Kaum Perempuan Tidak Layak Untuk Menyertai Alam Pekerjaan Sebab Haid
- Belalang Biru
- Jun 8, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 5, 2024

Tidak cukup dengan penindasan kaum kulit hitam di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita Malaysia pula mencuba untuk menjatuhkan martabat wanita menerusi Twitter.
Semalam (7 Jun), wanita ini menyatakan kitaran haid adalah antara faktor biologi yang membuatkan kaum perempuan ‘tidak layak’ untuk menyertai alam pekerjaan.

Ini kerana, perihal uzur menyebabkan keletihan, kebisaan dan gangguan emosi yang boleh berlanjutan buat beberapa minggu.
Selain faktor biologi, warga Malaysia ini juga berkata faktor sosial memainkan peranan. Namun, butiran lanjut tidak dihuraikan.
Kesimpulannya, dia mencatatkan bahawa kaum hawa tidak sesuai untuk bekerja dan menjadi pemimpin.

Sumber: World of Buzz
Berikutan Tweet tersebut, warganet menularkan sifat seksis wanita ini dan membidas pendapatnya.

Sumber: World of Buzz

Sumber: World of Buzz
Dan rupa-rupanya, wanita ini juga pernah tular beberapa bulan lepas setelah berkata ‘golongan ibu berkerjaya tidak sehebat suri rumah’.

Sumber: World of Buzz
Tweet-tweet berkenaan telah dipadamkan dan akaunnya kini privet.
Luahan wartawan: Apa sia girl. Kau cakap merepek sebab tengah period eh?
Asal kena kutuk kaum sendiri. Setakat uzur jer lah bukannya perempuan once a month bedridden. Sakit badan boleh makan panadol pe. Mood swing boleh makan hormonal pill.
Biarlah perempuan nak kerja. Dorang ada wawasan, bukannya macam kau, tau berbual taik jer.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...