Kapten Bas Bantu Mangsa Kemalangan Walaupun Kuyup Dibasahi Hujan
Dalam keadaan hujan semalam, seorang kapten bas 268 di Ang Mo Kio telah berhentikan bas buat seketika untuk membantu seorang penunggang motorsikal yang dipercayai telah tergelincir jatuh di jalan raya.
“Encik Sam Wei Yang amat membanggakan kami semua,” menurut SBS Transit Ltd yang turut berkongsi pos asal oleh Joshua yang dimuat naik di Facebook Page Singapore Bus Drivers Community.
Joshua juga dipuji SBS kerana berkongsi gambar tersebut.
Kelihatan Encik Sam turut mengalihkan motorsikal tersebut ke tepi jalan agar tidak menyekat lalulintas.
Joshua turut menyatakan bahawa Encik Sam sedia membantu walaupun ada jadual yang perlu diikuti sepanjang perjalanan semasa bertugas.
Luahan wartawan: Syabas Encik Sam!
Kekadang kita tak perlu berfikir panjang untuk membantu sesiapa dalam kesusahan. Walau apapun keadaan, keselamatan haruslah diutamakan.
Semoga lebih ramai lagi antara kita yang berhati emas dan bersikap tolong-menolong seperti ini. Diharapkan juga pihak SBS memberikan ganjaran yang sewajarnya.
Comments