Kanak-kanak Autisme, Tular Dengan Rakaman Dianiaya Ahli Terapi
- Chap Chai
- Jun 30, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 4, 2024

Malam tadi (30 Jun), Safirah Oshin, ibu kepada seorang kanak-kanak autisme dan gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD) mendakwa anak kecilnya, Ali, telah dianiaya oleh ahli terapinya pada Mac 2019
.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik Safirah di Facebook, ahli terapi itu dilihat merampas mainan Ali dan menyumbat tangannya dalam mulut anak kecil itu apabila dia mula meraung.

Tindakan ganas ahli terapi itu juga mengakibatkan Ali untuk jatuh dari kerusinya.

Ahli terapi ini seterusnya menarik Ali kembali.

Perbuatannya tidak dapat dirakamkan buat seketika kerana badannya membelakangi kamera

Dia kemudiannya memaksa Ali untuk duduk di sebuah kerusi bertentangan dengannya sebelum mencekik leher dan menggoncang-goncang badan Ali.


Kata Safirah, kedua-dua video yang dimuat naik cuma sedutan daripada rakaman 40 minit.
Hal berkenaan telah dilaporkan akan tetapi, ahli terapi tersebut cuma diberikan amaran lisan.
Safirah mencatatkan bahawa dia telah merayu agar kes ini dibuka semula pada Januari lepas namun hingga hari ini, anaknya tidak dapat menuntut keadilan.
Pos berkenaan telah menjana lebih 1,000 kongsian dalam sejam.
Wartawan kami telah menghubungi ibu Ali. Nantikan perincian lanjut di www.planb.sg.
Sumber: Safirah Oshin
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...