Kami Tak Perlu Nyanyian, Cukuplah Kalau Dinaikkan Gaji
Tidak berterima kasih?
“Tepuk untuk pekerja pelapis depan untuk menghargai pengorbanan mereka.”
Satu fenomena yang telah dimulakan untuk menghargai pengorbanan pekerja-pekerja pelapis depan telah mencetuskan topik perbualan diantara golongan netizen, terutama sekali, diantara pekerja-pekerja yang dimaksudkan.
Sumber: Google Images
“#clappingforcarers” dimulakan untuk menghargai pengorbanan mereka di dalam industri perubatan yang berjuang dan bekerja demi mangsa-mangsa yang dijangkiti wabak Covid-19. Selepas itu, ada pelbagai inisiatif yang di ilhamkan buat semua yang berada di pelapis depan seperti sumbangan makan tengah hari dan juga buat minuman petang. Pada tarikh 25 April, hampir seluruh singapura telah menyanyi lagu berjudul “home” untuk mendorong dan memuji semangat mereka yang masih kental menghadapi cabaran wabak ini.
Sumber: Twitter, @sxrixo
Kebelakangan ini, kedengaran beberapa suara diantara mereka yang mengatakan bahawa mereka lebih memerlukan kenaikan gaji ataupun pembayaran istimewa kerana pertarungan nyawa mereka, bukan tepukan gemuruh dan juga sesi menyanyi bersama di estet-estet perumahan
Sumber: Twitter, @AiAsKay
Sumber: Twitter, @_QHairi
Ada juga yang berpendapat bahawa acara tepukan buat mereka tidak masuk akal kerana ada pelbagai cara lain untuk menghargai tenaga mereka seperti duduk di rumah seperti yang disarankan kerajaan.
Sumber: Twitter, @sesshomarul
Permintaan mereka tidak keterlaluan kerana seperti yang lain, mereka juga perlu menyara dan menampung keluarga mereka. Sebagai pekerja pelapis depan, mereka terdedah kepada wabak yang merbahaya ini dan ada kemungkinan mereka akan membawa jangkitan itu pada diri mereka. Jika mereka dijangkiti ataupun keluarga mereka dijangkiti, tepukan gemuruh tidak akan membantu mereka, walaupun ia dilakukan dengan niat ingin mendorong semangat mereka.
Sumber: Facebook
Mereka yang bekerja pada musim wabak ini, kecuali para doktor dan pakar profesional kesihatan, kebanyakannya gaji mereka tidak memadai dan ini adalah masalah yang sudah lama dipertikaikan tetapi tidak ada banyak perubahan yang dapat dilihat.
Pekerja pelapis depan termasuk guru pra tadika, pekerja awam di pasar raya, penjual dan penghantar makanan, pemandu pengangkutan awam dan peribadi. Mereka adalah diantara yang tidak mempunyai gaji yang setimpal dengan skop pekerjaan mereka, lagi-lagi pada musim wabak seperti sekarang, mereka lebih memerlukan perubahan pada struktur gaji mereka.
Sumber: Facebook
Benar, niat acara menepuk tangan bersama itu adalah untuk mendorong dan membakar semangat mereka tetapi seperti orang lain, mereka memerlukan stabiliti kewangan peribadi untuk menyara keluarga masing-masing.
Luahan hati wartawan: Bersetuju dengan luahan hati frontliner itu. Ramai yang diantara kalangan pekerja pelapis depan memerlukan daya tenaga yang lebih untuk membantu mereka di medan peperangan.
And I agree about most of them being underpaid and overworked. As someone who was in the preschool industry, my fellow educators were underpaid and still are underpaid compared to the workload they have.
Not to be negative or anything, I was clapping and singing for them tapi pada pendapat I,
jika ingin menghargai pengorbanan mereka, kita boleh memberi sumbangan makanan buat mereka, enough with the clapping and singing already.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comments