top of page

Kakitangan Barisan Hadapan, Sahur Ditepi Jalan

Writer: Chap ChaiChap Chai

Sahur Ditepi Jalan

Kakitangan barisan hadapan bukan saja terhad kepada golongan pekerja perubatan — malah penjual makanan, pekerja perkhidmatan pengangkutan dan pembersih juga antara golongan yang memainkan peranan penting dalam tempoh genting ini.


Malangnya, golongan ini, secara amnya, pengorbanan mereka tidak diberi pengiktirafan seperti mana ia diberi kepada petugas kesihatan.


SAHUR DI TEPI JALAN

Asri Ahmad

Sumber: Asri Ahmad (Facebook)


Menerusi Facebook, Asri Ahmad, berkongsi pemerhatiannya tentang sekumpulan pembersih, yang tetap menjalankan tugas mereka tidak kira waktu dan keadaan.

Facebook, Asri Ahmad

REAKSI WARGANET


Susulan itu, warganet mencurahkan penghargaan mereka terhadap golongan pekerja pembersih.

warganet mencurahkan penghargaan mereka
penghargaan mereka terhadap golongan pekerja pembersih.

HARAPKAN KERJASAMA RAKYAT


Di Singapura pula, Syazwan Majid mengongsi tentang kisah ayahnya yang bertugas sebagai pembersih sejak 40 tahun lepas.


Dalam pos yang mendapat 8.6 ribu kongsian itu, Syazwan juga menggesa rakyat setempat untuk duduk di rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan.


“Ayah saya dan pekerja penting lain tetap menjalankan tugas mereka. Lantas, membuat diri mereka terdedah kepada penyakit ini (COVID-19). Ini lebih membimbangkan saya kerana ayah saya sudah lanjut usia — menjadikannya antara kelompok yang mudah dijangkiti.


“Saya mengambil masa ini untuk mendesak semua orang untuk mengambil tempoh pemutus jangkitan dengan sangat serius. Mainkan peranan anda dalam menjaga keselamatan warga emas, orang tersayang dan keluarga kita. Jangan bebankan pekerja barisan hadapan kita,” nyata Syazwan dalam posnya yang dimuat naik pada 27 April.

Stay at home

Luahan wartawan: Demi tanggungjawab, sahur tepi jalan pun jadi. Seperti doktor, jururawat, polis dan sebagainya, para pembersih pun bekerja keras untuk memastikan persekitaran kami bersih dan germ-free.


Jadi, harap-harap kami boleh tunjukkan penghargaan kepda mereka juga. Tak payah kasi makanan, duit, habuan ke apa. Duduk rumah saja. Terima kasih.


Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page