top of page
Writer's pictureLintah Darah

Kakitangan Barisan Hadapan Redha Dikutuk


Kakitangan Barisan Hadapan Redha Dikutuk

Begitulah nasib segelintir jururawat yang bukan sahaja dibelenggu dengan masalah di hospital, malah, mereka juga terpaksa berdepan dengan kerenah orang awam.


Pagi tadi, Reny, seorang jururawat mengongsi pengalamannya menaiki lif dengan pasangan warga tua di Twitter.


Menurut ‘thread’ tersebut, lelaki berumur itu memandangnya atas bawah sebelum bertanya Reny, yang memakai seragam jururawat ketika itu:


“You nurse ah”


Sejurus menjawab ‘ya’, isteri lelaki tersebut memencilkan diri di satu sudut lif lalu menyarung pelitup mulutnya.


Menurut Reny, pada waktu itu, dia tidak tersinggung dengan kelakuan pasangan tersebut. Namun, dia mula rasa berang apabila lelaki itu, yang menaiki lif dari tingkat dua, berkata:


“Abeh kenapa lu naik lif? Ada tangga kan? Lu takda kaki kah? Lu boleh spread ini penyakit dekat orang lain worh. Lu olang Melayu kan? Bodoh kah?”


Bahkan, syarahan itu diteruskan meskipun lif sudah tiba di tingkat satu.


“Nurse semua bawak penyakit lepas itu jangkit dekat orang lain. Olang Melayu selalu bodoh.”

reenyyy
@reenyff
reny twitter

Geram, Reny meluahkan perasaannya di Twitter.

Reny Geram
Reny meluahkan perasaannya

Mujur, ‘thread’ Reny yang sejauh ini telah meraih 3,045 retweet (kongsian), turut mendapat sokongan padu dan kata-kata perangsang daripada pengguna Twitter lain.

Muhammad Ridhwan S
@GuoWeiyuan
K1ng

Daripada caci mereka, cakap mereka pembawa penyakit, tak ke lebih elok kalau kita ucapkan penghargaan kepada mereka?


Tanpa kakitangan hospital atau klinik, macam manalah kita nak baik, nak hidup? Fikirkan.


Jika anda pernah diperlakukan begini, kongsikan pengalaman anda di bahagian komen!


Ada video viral? Hubungi kami di lelaman rasmi Facebook, Instagram dan Telegram kami di OKLETSGO!

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page