Kakak Mangsa Tidak Tahan Lagi, Tularkan Kes Buli Adik Sendiri
Dek dibuli, Falisya, 11 tahun, bersembunyi di dalam kubikel tandas semasa waktu rehat untuk makan sambil meratap sayu.
Pada 5 Mac (Khamis), murid darjah lima dari Sekolah Mee Toh itu mendakwa bahawa salah seorang rakan darjahnya melempar kertas yang mengandungi kata-kata kecaman kepada dirinya.
Mesej kesat yang terkandung pada kertas tersebut, yang dilipat seperti sampul, berbunyi begini:
Tambah Falisya lagi menerusi wawancara kami, kes buli tersebut berlaku pada hari jadinya.
Ekoran hal ini, ibu Falisya, Zuraida, 50 tahun, telah mengirimkan mesej kepada guru darjah Falisya.
Perbualan antara ibu Falisya dan gurunya melalui aplikasi Dojo pada 6 Mac. Pengemaskinian daripada guru tersebut sedang dinantikan.
Malah, ini bukanlah kali pertama Falisya dibuli. Menurutnya, hal sedemikian rupa berlaku sejak dia berada di darjah dua.
Pada mulanya, Falisya mendakwa dirinya dikecam kerana warna kulit dan tahi lalatnya di dagu. Tohmahan seperti ‘Falisya, you see that black dustbin? That one is you,’ turut dilontarkan pada dirinya.
Terdapat juga sebuah peristiwa pada 2018 di mana kemeja sekolah Falisya diconteng dengan pena papan putih.
Berdasarkan perkongsian Falisya, ibu serta kakaknya, Filzah, 22 tahun, telah membuat banyak laporan kepada tenaga pengajar, pengetua dan Kementerian Pendidikan (MOE) menerusi perbincangan bersemuka dan e-mel.
Perkongsian kakak Falisya di Twitter.
Namun, usaha mereka untuk membanteras usikan yang dialami Falisya seolah-olah tidak dilayani.
“At first, I did complain to my teachers. Tapi, when I don’t see them taking actions against my friends, I feel like I should just give up and live with it,” luah Falisya, yang sebaliknya dihantar untuk menjalani sesi kaunseling di sekolah sebagai cara untuk mengawal emosinya.
“I don’t confront the bullies also because they are my friends…I don’t want to end my friendships because it’s difficult for me to make friends…” ujar Falisya, yang kadang kala enggan ke sekolah angkara ejekan yang sering dihadapinya.
Bahkan, prestasinya di sekolah turut terjejas. Pada peperiksaan akhir tahun 2019, Falisya meraih 74 markah untuk bahasa Inggeris, 27 markah untuk Matematik, 32 markah untuk Sains dan 57 untuk bahasa Melayu.
Kisah Falisya yang dihebohkan di Twitter pada malam Jumaat lepas oleh kakaknya telah mendapat banyak reaksi daripada warganet yang bersimpati dengan nasib Falisya.
Ada juga yang mula memberontak setelah mengetahui apa yang berlaku.
Juruhebah tempatan Joakim Gomez turut memberi pandangan tentang hal ini.
Newsdesk sedang menantikan komen dari pihak sekolah.
Luahan wartawan: Kemain lagi tak reti spell ‘dumb’ masih nak bully orang.
Kalau dah kena marah tapi tetap perangai macam gitu, it calls for harsher punishments, right? If warnings don’t work, maybe kena buat public apology kasi dia malu depan sekolah. Caning ke CIP ke apa…Jangan sepak budak tu dengan capal pulak. Ehem.
Parents pun kena play a part lah in educating their kids about respecting one another regardless of race and appearance. Education starts from home, doesn’t it?
And to Falisya, you kena stand up for yourself okay? If you continue letting them do whatever they wanna do to you, in the future you boleh kena lagi teruk. Some people aren’t worth being friends.
Harap-harap pihak sekolah boleh resolve this issue ASAP with fairness and justice. It may seem macam a small issue to some of us tapi kalau dah sampai affect budak ni, sampaikan sembunyi dalam toilet, patut didiamkan ke?
Ada kisah viral? Hubungi kami melalui Instagram, Facebook atau Telegram OKLETSGO!
Comments