top of page

Kafe Anjing Dibuka Di Arab Saudi, Pengunjung Boleh Bermain-Main Dengan Anjing Sambil Ngopi

Writer's picture: Belalang BiruBelalang Biru

Kafe Anjing Dibuka Di Arab Saudi

Penggemar anjing kini boleh menikmati secawan kopi bersama anjing peliharaan tersayang di kafe baru di Khobar, Arab Saudi.

your heard me

Kafe The Barking Lot dibuka secara rasmi pada bulan Jun di Khobar, sebuah bandar pesisiran. Pencinta binatang mengalu-alukan konsep kafe tersebut di negara yang konservatif seperti Arab Saudi.

barking lot cafe

Pemilik kafe tersebut, Dalal Ahmed, seorang penduduk Kuwait, mengatakan bahawa idea itu tercetus apabila beliau tidak dibenarkan membawa anjing kesayangannya beriadah di luar semasa bercuti di Arab Saudi suatu ketika dahulu.

I'm here for you

“Saya berasa amat sedih dan bertekad untuk membuka kafe berkonsep di mana pemilik dan penggemar anjing dapat bermain-main bersama anjing-anjing sementara menikmati minuman.”


Ramai yang memberikan reaksi positif terhadap kafe The Barking Lot kerana penggemar binatang dapat berkumpul dan anjing-anjing mereka boleh mengenali antara satu sama lain.

“Konsep kafe ini sangat moden, di mana pemilik dan anjing peliharaan mereka dapat bergaul.” -Johara, penduduk Arab Saudi.

Konsep kafe ini sangat moden, di mana pemilik dan anjing peliharaan mereka dapat bergaul

Kafe tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian dan mempunyai ruang dandanan buat anjing-anjing kesayangan. 

Sebelum ini, membawa binatang peliharaan berjalan di luar dilarang oleh “haram police” kerana ia dijadikan sebagai alasan buat kaum lelaki yang ingin mengacau dan mengurat wanita.

say what

Namun, sejak Putera Mohamed bin Salman mengambil alih pentadbiran Arab Saudi, banyak perubahan dilakukan untuk visi 2030 beliau dan ia termasuk pemodenan dalam kerajaan tersebut.

banyak perubahan dilakukan untuk visi 2030 beliau dan ia termasuk pemodenan dalam kerajaan tersebut

Luahan Hati Wartawan: Aku takde komen. Nanti tak pasal-pasal visa aku tak approved bila apply gi umrah.

Aku takde komen. Nanti tak pasal-pasal visa aku tak approved bila apply gi umrah

Dah akhir zaman kan. Hais.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page