#JusticeForBella Tular Setelah Kanak-Kanak Down Syndrome Ini Didera Pengasuhnya
Wadah-wadah media sosial kian dibanjiri dengan tanda pagar #JusticeForBella setelah kisah Bella, seorang kanak-kanak sindrom down yang dipercayai didera pengasuhnya sehingga menyebabkan kulit di beberapa bahagian badannya melecur dan bernanah, tular.
Didera sehingga kulit melecur.
Kes penderaan Bella, 13 tahun, terbongkar setelah Cik Mona Din, sukarelawan dari badan kebajikan Rumah Bonda, mendapati nama Bella dikecualikan dalam senarai yang diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan kes jangkitan COVID-19 di kalangan penghuni rumah kebajikan tersebut.
Curiga, Cik Mona menjelaskan bahawa beliau bergegas ke kondominium pengasas Rumah Bonda, yang juga merupakan pengasuh rasmi Bella, untuk mendapatkan penjelasan.
Setibanya di kondominium berkenaan, Cik Mona dikejutkan dengan keadaan Bella yang berparut dan berkudis-kadas.
Bella, yang dahulunya ceria, kelihatan lesu ketika ditemui.
“Keluar sahaja Bella dari bilik stor, mukanya lemah, lengannya melecur dan bernanah,” nyata Cik Mona dalam sebuah pos di Facebook yang kini, telah dipadam.
“Bella disuruh berdiri di tepi dinding setiap pagi dan tidak diberi makan. Kalau dia duduk, budak-budak lain (yang tinggal sebumbung dengan Bella) akan pukul.”
Teraniaya.
Cik Mona turut memuat naik video pertemuannya bersama Bella di kondominium tersebut, di mana Bella didapati mencuba untuk memberitahunya apa yang telah berlaku.
REAKSI WARGANET
Bagi menggesa pihak berkuasa untuk membawa pendera Bella ke muka pengadilan, warganet rancak menyebarkan poster Bella di media sosial bersertakan tanda pagar #JusticeForBella.
Setakat 8 malam hari ini (13 Julai), lebih 98.9 ribu Tweet berkaitan dengan kes Bella telah diutarakan.
BELLA DISELAMATKAN
Pengasuh Bella, Siti Bainun, dikhabarkan telah ditahan polis pada 6 Julai lalu. Namun hingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Menurut laporan Utusan Malaysia pula, Bella kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan pemantauan penuh dari sudut kesihatan mental dan fizikal.
Luahan wartawan: Kesian aku tengok budak ni. She’s looks so helpless. Dengan kepala dia botak, baju oversized…Kenapalah buat budak ni macam gitu…
Kalau tak boleh jaga jangan jaga. Jaga budak ‘normal’ jer dah challenging, what more kids with special needs. If you don’t have the expertise, patience and knowledge, why take the girl in in the first place kan? Aku suspect ni Siti Bainun actually just nak orang look up to her as a empathetic and loving lady when in actual fact, dia actually takde hati pun nak asuh Bella.
Aku harap the Malaysian authorities will take necessary actions ASAP. Dangerous orang macam ni. Pura-pura mulia tapi padahal zalim.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments