Jururawat Hamil, Tewas Menentang Covid19
Dalam pada rakyat dan segelintir jururawat Singapura bertelingkah tentang mengapa gaji jururawat sepenuh masa tidak setinggi pembayaran pegawai swabber, kakitangan barisan hadapan di Indonesia sedang menghadapi isu lebih besar dalam perjuangan mereka menentang virus COVID-19.
JURURAWAT HAMIL DIJANGKITI COVID-19
Semalam (18 Mei), video seorang petugas kesihatan terlantar di katil beroda menggunakan alat bantuan pernafasan dimuatnaik oleh Gus Hans (@HendroSunar) di Twitter.
Perawat Ari Puspita Sari dari Hospital Royal Surabaya (RS) dikelilingi beberapa lagi rakan berpakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE), diusung masuk ke dalam lif.
Sumber: Twitter, Gus Hans
Sumber: Twitter, Gus Hans
Turut mendampingi ibu hamil empat bulan itu ialah seorang petugas yang menyembur bahan penyahjangkit ke mana jua Ari dibawa.
Sumber: Twitter, Gus Hans
RAKAN-RAKAN SETUGAS SEBAK
Tatkala melihat kondisi Ari, para jururawat lain tidak dapat mengawal emosi. Tukang rakam didengari berkata:
“Ari….Ari…Ya allah,” sambil menahan sebak.
Sampaikan ada yang rebah di lantai.
Sumber: Twitter, Gus Hans
TIDAK DAPAT DISELAMATKAN
Malangnya, Ari meninggal dunia tidak lama setelah video tersebut dikemukakan di media sosial.
Sumber: Twitter, Gus Hans
Jenazahnya turut diberi kehormatan terakhir oleh para kakitangan barisan hadapan di hospital berkenaan.
Semoga dia dan anaknya tenang di sana. Rehatlah secukupnya.