top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Jumlah Pesakit Covid19 Di Kalangan Pekerja Asing Meningkat


Jumlah Pesakit Covid19 Pekerja Asing Meningkat

Bilangan kes COVID-19 di asrama pekerja asing kian meningkat.


Setakat malam ini (9 April), 287 kes baru dilaporkan dan 160 daripada kes tersebut dikaitkan dengan kelompok S11 Dormitory.


Selain itu, Sungei Tengah Lodge, Tampines Dormitory Cochrane Lodge II  dan Toh Guan Dormitory juga merupakan kelompok COVID-19.


SEBAB KES DI KALANGAN PEKERJA ASING MENINGKAT

SEBAB KES DI KALANGAN PEKERJA ASING MENINGKAT

Sumber: The Jakarta Post


Pemerintah sedang giat melakukan pemeriksaan ke atas pekerja asing agar mereka yang telah dijangkiti boleh menjalani rawatan dengan segera.


Selain itu, pemerintah telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam memastikan kesihatan dan keperibadian para pekerja asing terjaga.


PENJAGAAN PEKERJA ASING AKAN DIPERTINGKATKAN


Bagi mengekang penularan ini, pekerja asing turut menjalani isolasi.

Bagi mengekang penularan ini, pekerja asing turut menjalani isolasi.

Sumber: Forbes


Dan seperti mana pemerintah telah membantu rakyat Singapura dalam situasi genting ini, para pekerja asing, yang memainkan peranan mustahak dalam pembangunan Singapura, juga akan diberikan pertolongan.


1) Makanan disediakan

Makanan disediakan

Sumber: White Restaurant


Pemerintah telah bekerjasama dengan penyedia makanan tertentu untuk memastikan pekerja asing diberi tiga hidangan lengkap setiap hari semasa dalam isolasi.


2) Tetap dibayar

Tetap dibayar

Sumber: CNBC.com


Meskipun dikuarantin, pemerintah mengesyorkan semua pekerja asing bahawa mereka tetap akan dibayar.


Pemerintah juga bersedia untuk memberi sokongan kepada para majikan agar mata pencarian pekerja mereka tidak terjejas teruk.


Menerusi skim-skim bantuan kewangan, para majikan misalnya layak untuk menerima ‘elaun kuarantin harian’ sebanyak  $100 untuk pekerja mereka.


Syarikat perkhidmatan penting dengan pekerja yang harus melaksanakan perintah kuarantin juga akan diberi sokongan.


Perancangan akan diatur bagi memastikan operasi boleh diteruskan.


3) Pengagihan ‘Care Pack’

Pengagihan ‘Care Pack’

Sumber: Qoo10


Pek mengandungi cecari pembasmi kuman, termometer dan pelitup mulut akan diberikan kepada pekerja-pekerja asing untuk memastikan mereka menjaga kebersihan.


Pemerintah sedang bekerja rapat bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan Kebajikan Sukarela (VWO) untuk meluaskan jangkauan kepada pekerja asing.


Luahan wartawan: Ramai yang menyoal pemerintah:


“Why the number of cases increase?”


“Why treat foreign workers like this? They not human ah?”


“What is the government doing to help them?”


Sabar. Firstly, jumlah kes naik secara mendadak sebab pemerintah tengah buat test on semua foregin workers so that penyakit ni tak spread further.


Dah bagus pemerintah bilang kita terus terang that “Hi the numbers are increasing so please be careful.” Kalau dorang hide this information? Siapa yang at risk? Kita jugak.


Secondly, the government is trying. Manalah dorang tau dekat dorm tu ramai yang dah infected. They are already acting on it. A lot of measures are imposed to ensure that they’re safe and well taken care of.


Nak kutuk senang lah. Kau mampu kerja under pressure? Nak kena fikirkan kesihatan kesihatan rakyat, periuk nasi dorang semua? Appreciate their effort. And one more thing. Kalau tak nak dengar cakap minister, dengar cakap aku. Duduk rumah diam-diam please.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page