Jiran Minta Izin Sembahyang Depan Rumah Kerana Feng Shui, Chef Bob Izinkan
Di masa yang mencabar semasa krisis COVID-19 ini, sebilangan masyarakat majmuk Singapura terus menonjolkan semangat muhibah sesama jiran tetangga yang berlainan kaum dan agama.
Ini dilalui sendiri oleh celebrity chef tempatan, Shahrizal Salleh, atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Bob.
Sumber: Google Images
Chef Bob baru-baru ini berkongsi satu peristiwa manis di laman Facebook dan Instagramnya (@chefbob.sg), dimana beliau merakamkan rasa terharu atas sifat murah hati antara beliau dengan jirannya, yang tidak pernah gagal untuk berbalas buah tangan sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Rakaman itu telah meraih lebih dari 2500 likes, 140 komen dan 440 shares di Facebook dan juga lebih daripada 14,900 views di Instagram.
Sumber: Facebook, Chef Bob
Rakaman tersebut bermula dengan seorang wanita Cina yang sudah lanjut usia dilihat meminta izin Chef Bob untuk melakukan upacara sembahyang nya di luar pintu rumah Chef Bob kerana menurutnya lokasi tersebut dipenuhi ‘feng shui’ yang bagus.
Sumber: Instagram, @chefbob.sg
Setelah wanita itu beredar selepas menghabiskan upacara sembahyang nya, Chef Bob pula merakamkan beberapa barangan seperti pati ayam berjenama Brand’s dan juga beberapa botol sambal kicap yang dimasukkan ke sebuah beg kertas lalu diberikan kepada wanita Cina tersebut sebagai buah tangan untuk perayaan Tahun Baru Cina.
Sumber: Instagram, @chefbob.sg
Namun begitu, beberapa saat kemudian wanita Cina itu dating ke rumah Chef Bob pula untuk membalas hadiah Chef Bob dengan buah tangannya sendiri yang berisi dengan makanan dan juga sampul ‘hong bao’ untuk anak Chef Bob.
Sumber: Instagram, @chefbob.sg
Rakaman itu berakhir dengan Chef Bob menyakat wanita itu, dengan mengungkapkan frasa ‘saya sayang anda’ berkali-kali dalam bahasa Mandarin sedang jirannya berjalan balik untuk masuk ke flatnya.
Sumber: Instagram, @chefbob.sg
Para netizen menghujani ruangan komen posting tersebut dengan meluahkan kebahagiaan mereka melihat kemesraan yang terjalin antara kedua-dua jiran itu yang bukan sahaja berlainan kaum dan agama bahkan juga generasi.
Sifat murah hati antara Chef Bob dan jirannya ini harus diberikan pujian kerana saling menghormati antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura.
Luahan Wartawan: This is what Singapore is about. Religious tolerance and racial harmony. Kalau ada orang luar negeri mintak tunjukkan what Singapore is about, you can just tunjukkan this video and that question will be answered.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments