top of page
Writer's pictureLintah Darah

Jiran Merokok Lebih Daripada 150 Kali Dalam 2 Minggu, Wanita Ini Catat Dan Buat Aduan


bangunan yang sangat tinggi, tempat letak kereta dan kertas yang mengandungi tulisan

Sumber: MustShareNews

Selama lebih dari 20 tahun, seorang wanita, bertetap di Blok 241 Bukit Panjang Ring Road, telah menahan asap rokok dari rumah jirannya di tingkat bawah.

bangunan yang sangat tinggi, tempat letak kereta

Sumber: Google Maps

Kecewa dengan keadaan ini, wanita tersebut mula mencatat setiap kali jirannya merokok. Hasil catatannya menunjukkan bahawa jiran tersebut telah merokok rata-rata 12 hingga 16 kali sehari.


Pada 17 Jun, wanita itu memutuskan untuk mula mencatatkan aktiviti merokok jirannya tersebut. Catatan terperinci dari 2 minggu lepas menunjukkan bahawa jirannya telah merokok lebih dari 150 kali, lapor Shin Min Daily News.

sehelai kertas yang ditulis dengan pen

Sumber: Shin Min Daily News

Pada mulanya, beliau mengatakan bahawa hanya sekitar dapurnya yang sering dipenuhi dengan bau asap rokok. Tetapi, apabila jiran lamanya itu pindah dan rumah dibawahnya itu didiami oleh penghuni baru, bau asap rokok seakan lebih ketara dan telah merebak hingga ke bilik tidur dan bilik mandinya.


ASAP ROKOK MEMBUATNYA MERASA SAKIT, BERAT BADAN TURUN HINGGA 5KG

seseorang yang memakai baju kuning dan menjulurkan tangannya ke luar tingkap

Sumber: Shin Min Daily News

Wanita itu menyatakan bahawa beliau pernah berusaha menutup tingkapnya. Tetapi, akan kerana bahang cuaca yang tidak tertahan, beliau terpaksa membiarkan tingkapnya terbuka.


Beliau juga pernah cuba untuk menegur jirannya tersebut. Namun, mereka dengan tegas mengatakan bahawa merokok di rumah dibenarkan dan menyuruhnya untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.


Bercakap kepada Berita Shin Min, wanita itu mendakwa bahawa dia telah kehilanggan 4 hingga 5 kg dalam masa dua bulan, akibat kesan asap rokok. Kini, berat badan wanita itu hanya sekitar 34 kg.


Beliau juga mengatakan bahawa beliau dan ibunya yang berusia 75 tahun, sering mengalami sakit tekak dan hidung tersumbat kerana bau asap.


PIHAK TOWN COUNCIL MENGGESA PENDUDUK AGAR TIDAK MEROKOK BERHAMPIRAN TINGKAP

inding dengan papan tanda larangan merokok

Sumber: TODAYonline.com

Menanggapi pertanyaan Shin Min Daily News, pihak Town Council Holland-Bukit Panjang mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak NEA, HDB, organisasi grassrot dan juga penduduk untuk meningkatkan kebersihan Kawasan tersebut.


Pihak Town Council juga turut menggesa kerjasama penduduk agar memikirkan keadaan jiran tetangga dan harap tidak merokok berhampiran tingkap atau balkoni.


Luahan Wartawan: No hate for smokers. Cuma bila rokok tu, mungkin boleh fikir fikirkan orang sekeliling kita lah. Tak orang tak kita kan.

a girl wear white clothes

Kalau sampai boleh turun 5kg itu dah something else kan. Kita pun risau.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page