top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Jiran Menghina Jururawat Dengan Cemuhan ‘Virus’


Jiran Menghina Jururawat

Tatkala tiba di pintu rumah, jururawat ini disambut oleh jiran-jirannya.


Bukan dengan ucapan terima kasih ataupun tepukan sebagaimana yang dilakukan semasa ‘clap for frontliners’.


Tetapi dengan semburan bahan penyahjangkit.

Tetapi dengan semburan bahan penyahjangkit.

DICEMUH HARI-HARI

DICEMUH HARI-HARI

Sumber: Instagram, @jibby4g


Muhammad Najib telah mengongsi nasibnya berjirankan warga yang tak kenang dek untung melalui Instagram (@jibby4g) pagi tadi (17 Mei).


Jirannya — yang memakai pelitup muka meskipun berada di dalam rumah — dilihat tercegat di pintu gerbang, menantikan kepulangan Najib.


Dan sebaik sahaja jururawat ini membuka pintu rumahnya, jirannya mula menyembur bahan penyahjangkit sambil berteriak:


“Virus! Virus!”

Virus! Virus!

Sumber: Instagram, @jibby4g


Najib menambah dia sekeluarga turut dipanggil ‘cibai’, ‘kanina’, ‘virus family’ dan ‘dirty family’.

Bahkan, tiap kali Najib keluar rumah untuk membeli barangan dapur atau membuang sampah, dia direnung, diludah dan disembur.


ANAK TRAUMA

ANAK TRAUMA

Sumber: Instagram, @jibby4g


Disebabkan perwatakan jirannya — yang seolah-olah berkelakuan seperti orang tidak siuman — anak kepada kakitangan barisan hadapan ini mula takut untuk pulang.

Najib berkongsi bahawa anak 5 tahunnya juga tidak faham mengapa jirannya bersikap begitu.


“Dia pernah bertanya isteri saya:


‘Ibu, kenapa auntie ludah kita? Kenapa dia spray air dekat kita? I takut ibu…Hold my hand ibu’,” luah Najib di Instagram.


BUAT ADUAN POLIS

BUAT ADUAN POLIS

Sumber: Instagram, @jibby4g


Tidak tahan lagi dengan perangai jirannya, Najib membuat laporan polis di Balai Polis Kejiranan Punggol semalam.


“Kami tak tahan lagi. Selepas bahan penyahjangkit terkena muka anak saya, saya membuat laporan polis. Nasib baik tak masuk mata anak saya,” catat Najib.


Walau bagaimanapun, jururawat ini sedang berfikir semula tindakannya setelah polis menggesanya untuk membuat laporan majistret.


“Saya sekeluarga masih sedang berfikir. Kalau kami teruskan pun, saya tetap berjiran dengannya dan saya tetap bekerja sebagai jururawat.


“Adakah situasi akan berubah?”



Sumber: Facebook, The Online Citizen Asia


REAKSI WARGANET


Menyusuli perkongsian Najib, warganet menggesanya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menyusuli perkongsian Najib, warganet menggesanya untuk mengambil tindakan undang-undang.
Chaiperfection

Ada yang menyuruh Najib membalas perbuatan jirannya.

Ada yang menyuruh Najib membalas perbuatan jirannya

Namun, kebanyakan mendoakan agar urusan Najib sekeluarga dipermudahkan.

Namun, kebanyakan mendoakan agar urusan Najib sekeluarga dipermudahkan
zkhhda
tuan_ayul dan najib.soldat247

Speaker Parlimen Tan Chuan Jin juga sedang membantu Najib menangani hal ini.

Speaker Parlimen Tan Chuan Jin juga sedang membantu Najib menangani hal ini.

Harap-harap pihak berkuasa dapat menjernihkan situasi ini.


Luahan wartawan: Gila ke apa? Yang kau tercegat dekat depan pintu buat apa? Kalau takut infected, seal pintu, tingkap kau segala biar suffocated dalam rumah.


Najib kira chill lah eh. Kalau aku, aku ludah balik. Uniform nursing aku aku lempar dekat dia. Biar dia menggelupur. Or buat balik benda sama lah. Bila dia keluar rumah, kau spray lysol banyak gila babi dekat dia kasi dia choke. Abeh kau cakap “Eee cibai cibai cibai” macam tu.


I hope the authorities can do something about this. Maybe lepas kena saman ke kena jail, neighbour dia akan insaf. Atau, kebencian dia terhadap Najib akan bertambah and he might do more extreme things. So aku faham kenapa Najib ada second thoughts on pursuing the case.


And that’s exactly why he should spray lysol back at his neighbour.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page