top of page
Writer's pictureLintah Darah

JENAYAH – “Dia Menantu Saya, Jangan Bantu Dia. Biarkan Dia Mati.”


Biarkan Dia Mati

Skrip dialog ini bagaikan dipetik dari sebuah adegan filem thriller, namun ia benar-benar berlaku pada tahun 2017 lalu di Singapura.

Encik Tan Nam Seng 71 tahun

Sumber: MustShareNews


Semalam, Encik Tan Nam Seng 71 tahun didapati bersalah kerana telah menyebabkan kematian menantunya Encik Spencer Tuppani 39 tahun. Beliau telah menggunakan sebilah pisau untuk menikamnya sebanyak 3 kali di dada mangsa di sebuah kedai kopi di Telok Ayer Street di tengah-tengah kesibukan orang ramai pada waktu makan tengah hari.

Telo Ayer St

Sumber: Timeout


Pada ketika itu, mangsa sedang makan bersama rakan-rakannya ketika dia diserang. Beliau melarikan diri ke arah Boon Tat Street lalu rebah di hadapan restoran A Poke Theory.


Encik Tan kemudiannya menendang muka mangsa sambil menghalang orang awam membantu mangsa.


Orang ramai yang menyaksikan peristiwa tersebut mengatakan bahawa beliau nampak tenang sementara menantikan ketibaan polis. Beliau meletakkan pisau yang berdarah tersebut di atas meja lalu duduk dan menelefon anaknya.

Mangsa dikejarkan ke SGH namun meninggal dunia tidak lama kemudian

Mangsa dikejarkan ke SGH namun meninggal dunia tidak lama kemudian.


Dipendekkan cerita, Encik Spencer telah mengahwini anak Encik Tan pada tahun 2005. Beliau telah bekerja di salah sebuah syarikat milik Encik Tan. Tidak lama kemudian, syarikat-syarikat milik Encik Tan bergabung lalu beliau menjadi pengerusi manakala Encik Spencer menjadi salah seorang direktornya.


Syarikat tersebut kemudian dijual kepada sebuah syarikat lain lalu Encik Spencer menjadi CEO syarikat baru tersebut. Encik Tan pula menerima wang sejumlah hampir setengah juta dolar setelah menjual saham syarikatnya.


Encik Tan tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang diterimanya. Beliau semakin tertekan apabila mendapat tahu Encik Spencer juga bermain kayu tiga dan berniat untuk menceraikan anaknya.

if you're playing me, I'll kill you

Keadaan semakin rumit apabila anak Encik Tan digantung kerja. Encik Tan hendak bersemuka dengan Encik Spencer tetapi tidak diendahkan. Ini antara punca Encik Tan semakin mencurigainya lalu menyangka beliau telah menipunya.


Encik Tan memang berniat untuk membunuhnya setelah terserempak dengan Encik Spencer dalam perjalanan ke pejabatnya. Beliau mengambil sebilah pisau sebelum bersemuka dengan Encik Spencer lalu menyatakan “kau dah melampau” dalam bahasa Hokien sebelum menikamnya di khalayak ramai.

I'll kill you

Hukuman terhadap Encik Tan telah dikurangkan setelah diambil pertimbangan keadaan mental beliau yang kemurungan akibat kejadian-kejadian yang telah menimpa syarikatnya dan keluarganya.


Beliau boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan rotan. Disebabkan usianya yang melebihi 50 tahun dia tidak akan dihukum rotan.


Luahan wartawan: Kesian sama Uncle. Seharusnya Uncle rilek bersara setelah bertungkus lumus membangunkan syarikat, sekali kena kelentong dengan menantu sendiri.

you broke my heart

Tapi, mungkin kalau setakat syarikat sahaja, kau boleh game. Kau dah langgar soal keluarga sekali beb. Salah orang wooo… Uncle got nothing to lose already. Sekarang kau yang kena game for good. At least Uncle tau kau tak wujud lagi.


Peristiwa hitam ni boleh dijadikan bahan untuk Netflix, mungkin setaraf Godfather kot. Agak agak siapa boleh jadi lead actor?


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page