top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Jenama Tuala Wanita, Libresse Malaysia Tarik Semula Iklan Motif Bunga Berbentuk Alat Kelentit


Libresse Malaysia Tarik Semula Iklan Motif Bunga Berbentuk Alat Kelentit

Jenama tuala wanita, Libresse Malaysia, menarik semula iklan mereka yang mempunyai motif bunga berbentuk alat kelentit setelah menerima bantahan daripada sebuah jabatan agama di Malaysia.

Libresse V-kebaya

Sumber: Libresse Malaysia

“Terima kasih banyak atas maklum balas anda. Kami memahami kebimbangan anda dan kami telah menarik semula iklan tersebut dari pelbagai saluran.


“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita atau masyarakat.


“Kami sentiasa mempertahankan semua wanita dan niat kami adalah untuk menggalakkan semua wanita untuk menerima kewanitaan dan mencapai potensi penuh mereka,” jelas syarikat itu dalam sebuah pengumuman pada 16 September (Khamis).


Kami sentiasa mempertahankan semua wanita dan niat kami adalah untuk menggalakkan semua wanita untuk menerima kewanitaan dan mencapai potensi penuh mereka

Sumber: Libresse Malaysia


LIBRESSE “TIDAK MENGHORMATI WANITA”


Ini lantaran kenyataan Majlis Wanita Islam Yadim (MAYA) yang berpendapat kempen-kempen Libresse — “V-Kebaya” dan “Know Your V” — yang menampilkan lukisan kelentit dalam iklan dan bungkusan produknya, telah “mengeksploitasi” dan “tidak menghormati” bahagian tubuh dan wanita.


“Menyalahgunakan gambar bahagian peribadi wanita pada reka bentuk iklan produk kebersihan anda adalah tidak menghormati wanita.

Menyalahgunakan gambar bahagian peribadi wanita pada reka bentuk iklan produk kebersihan anda adalah tidak menghormati wanita

Corak kelentit pada bungkusan Libresse. Sumber: Libresse Malaysia


“Untuk mempromosikannya secara meluas sebagai tujuan utama dalam pembalut tuala wanita anda, reka bentuk kebaya warisan nasional dalam kempen ‘V-Kebaya’ anda dan origami dalam kempen ‘Know Your V’ juga dianggap sebagai eksploitasi badan wanita dalam iklan,” kata pengerusi MAYA, Dr Safinar Salleh.


MOTIF VULVA MEMPERSENDA AGAMA


Tambah Dr Safinar, kempen-kempen Libresse juga tidak dapat diterima dari segi budaya mahupun “nilai agama”.


“Menampilkan motif vulva secara terbuka pada pakaian, bungkusan, beg, origami dan barang-barang lain tidak boleh diterima dalam budaya kita atau tidak dibenarkan mengikut nilai agama kita,” ujarnya lagi.

Menampilkan motif vulva secara terbuka pada pakaian, bungkusan, beg, origami dan barang-barang lain tidak boleh diterima dalam budaya kita atau tidak dibenarkan mengikut nilai agama kita

Sumber: Facebook, MAYA


KAUM WANITA TETAP MENYOKONG LIBRESSE


Walau bagaimanapun, pendapat Dr Safinar ditentang rakyat Malaysia.


Menerusi Twitter, kaum wanita mengecam pemikiran kolot Dr Safinar dan persatuan MAYA.


Manakala ada pula yang memuat naik gambar pembelian tuala wanita Libresse dan kapsyen-kapsyen membangkitkan.


Went out just to buy this bunga and the shelf pretty much empty!! Libresse win and all set with tote bag habis dah. Kuciwa sedikit pic.twitter.com/MZ3RuIZItr

— buttercup (@nhdyhzz) September 19, 2021


Malah menurut The Rakyat Post, penerimaan tuala wanita Libresse begitu hebat sehinggakan stok di kebanyakan kedai sudah habis dijual.


Luahan Wartawan: Lah ini kan marketing. The design is clever and aesthetic sak. Apa issue dia? You mean you get offended looking at a drawing that looks like your clit? Apa sia. Ni jabatan agama takde masalah lain untuk focus on or what? Agama is agama. Ad is ad. Annoying sak. Sikit-sikit nak tersinggung. Bukannya dorang draw gambar pepek kau.


I mean, there is such a flower that looks like a clit. You so butt hurt for what? Gitu pun boleh jadi hal. Bodoh.

I mean, there is such a flower that looks like a clit. You so butt hurt for what? Gitu pun boleh jadi hal. Bodoh

Kau tatap gambar bunga ni. Kalau masih tersinggung, kau gi suruh tuhan tarik balik ni bunga. Kimais.


Listen to Plan B’s Podcast this week!


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page