Jemaah Di Ireland Gunakan Padang Bolasepak Untuk Sholat Hari Raya Haji
Sumber: Reuters
Seramai 200 umat Islam Ireland membentang sejadah di padang bola sepak Croke Park Gaelic Dublin — yang dahulunya sebuah tapak gereja Katolik dominan — bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai.
Oleh kerana bilangan jemaah di masjid dihadkan atas sebab peraturan jarak selamat, ketua Majlis Keamanan dan Integrasi Islam Ireland Sheikh Umar Al-Qadri, mendekati pengurus Croke Park yang dikatakan, tidak teragak-agak untuk menawarkan ruang tersebut bagi tujuan ibadah, lapor Reuters.
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
Kata Sheikh Umar, dia mendapat inspirasi susulan kejadian Syawal lalu, di mana Ikea Jerman membuka ruang di salah sebuah tempat meletak kereta di perkarangan cawangan mereka agar umat Islam dapat menjalankan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Tidak menjadikan COVID-19 sebagai alasan untuk melepaskan ibadah, umat Islam di serata dunia juga dilihat mendirikan solat sunat dalam pada mematuhi langkah jarak selamat:
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Luahan wartawan: Amat menyentuh melihat umat Islam bersatu bagi meraikan Eiduladha, meski dalam keadaan pandemik. Ini sekali gus membawa maksud dan perspektif ‘korban’ (pengorbanan) pada tahap yang lebih mendalam dan ‘bersesuaian’ dengan keadaan kini, di mana banyak pengorbanan — daripada segala macam aspek — telah berlaku.
Commenti