top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Jatuh Ketika Bertugas, Bangkit Walaupun Cedera


Jatuh Ketika Bertugas

Tidak kira keadaan, golongan penghantar makanan tetap menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyediakan khidmat terbaik dalam menyampaikan pesanan pelanggan — sehinggakan ada yang mengambil ringan keselamatan diri.

Antara mereka ialah penghantar makanan Food Panda dari Klang Valley, Kuala Lumpur, yang meredah jalan raya meskipun hujan lebat.


Dalam perjalanannya untuk menghantar makanan kepada pelanggan, penghantar makanan ini tergelincir lalu jatuh di jalan raya.

jatuh di jalan raya

Menurut warganet yang memuat naik pos ini, orang awam membantu penghantar makanan ini untuk bangkit semula. Namun, penghantar makanan ini didapati tidak peduli tentang kecederaannya.


Sebaliknya, dia memeriksa kotak makanannya untuk memastikan makanan yang dikirim masih elok untuk dimakan sebelum memungut telefonnya dari jalan raya.


Lantaran itu, warganet yang mengongsi kejadian ini di media sosial menggesa masyarakat agar jangan merungut jika makanan yang dipesan tiba lewat dan untuk jangan membatalkan pesanan setengah jalan.


“Cuba untuk fahami pekerjaan mereka terlebih dahulu. Mereka sedang kerja keras,” tambah warganet.


Jika ini tidak ‘ekstrim’ pada anda, di Jawa Tengah, Indonesia, seorang petugas Grab menunggang kuda untuk menghantar makanan.

Ngapain sih mas…Sumber: Twitter @lyvewfi


Luahan wartawan: Tengok. Customer punya pasal, takde motor, kuda pun jadi ?


Anyway, walaupun kejadian ini berlaku di Malaysia, it also applies to us Singaporeans. Dengan CB, cuaca yang lately hujan, it’s definitely not easy for riders. Jadi kita sebagai pelanggan kenalah tolak ansur sikit. Kalau order datang lambat sikit takpelaj. Tak payahlah complain ke cancel halfway. Buatnya rider rush pergi rumah kau abeh accident? Jadi, be considerate lah ye. And treat them with respect. Delivery riders bukan hamba abdi kita.


Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page