“Jangan Ragu-Ragu. Jangan takut. Singapura Akan Bangkit Semula” – PM Lee
- Lintah Darah
- Sep 3, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 1, 2024

Sumber: Channel NewsAsia
“Jangan ragu-ragu. Jangan takut.”
Berucap di Parlimen semalam (2 September), Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengesyorkan rakyat setempat bahawa Singapura akan mengatasi COVID-19 kelak nanti lantaran usaha-usaha yang dijalankan bagi mengekang penularan virus ini.
MENANGANI COVID-19
Melaksanakan pengesanan kontak, menangani situasi di dormitori pekerja asing dan menguatkuasakan pemutus rantaian jangkitan, PM Lee berkata usaha-usaha berikut telah membolehkan Singapura untuk menangani wabak COVID-19 sejak virus ini berleluasa lapan bulan lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penghargaan kepada kakitangan perkhidmatan awam atas kerja keras mereka dan anggota politik kerana memikul tanggangjawab dan berjaya menyakinkan penduduk setempat untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan.
Beliau turut berterima kasih kepada sektor perusahaan kerana mengeluarkan barangan asas seperti pelitup muka dan orang awam kerana bekerjasama dan menuruti langkah-langkah “sukar dan menyeksakan”.

LANGKAH KESELAMATAN COVID-19 TIDAK UNTUK SELAMANYA
Menyentuh tentang langkah-langkah yang diterapkan bagi mengekang COVID-19, PM Lee mengakui jaring keselamatan sosial Singapura perlu diperkuat namun begitu, harus dilakukan secara bertahan.
“Langkah-langkah kecemasan sangat mustahak buat masa ini. Tetapi ia tidak boleh berterusan selama-lamanya. Kita harus mula fikirkan tentang fasa selepas COVID-19.”

Us @ COVID-19
Meski pemerintah tidak menolak sebarang cadangan, PM Lee berkata solusi yang dikedepankan haruslah dipertimbangkan dalam konteks Singapura dan dapat bertahan buat generasi akan datang.
PELUANG DALAM KEADAAN COVID-19
Sementara negara lain dilanda COVID-19 dan menghadapi ketidakstabilan politik, PM Lee menyatakan bahawa Singapura dilihata sebagai “tempat pelabuhan selamat” di mata ahli korporat dan para usahawan.
Contoh keadaan politik yang tidak stabil:
Misalnya, sebuah syarikat farmaseutikal sedang mempertimbangkan untuk mendirikan makmal bagi mengilang vaksin.
Justeru menawarkan peluang pekerjaan bagi warga Singapura.
SINGAPURA AKAN ‘HIDUP SEMULA’
Mengakhiri ucapannya, PM Lee mengingatkan rakyat Singapura tentang bagaimana Singapura bangkit semula daripada krisis-krisis lampau.

Us @ every crisis
Beliau menekankan bagaimana Singapura “terlahir daripada krisis” namun tetap teguh.
“Jangan ragu-ragu. Jangan takut. Jewel akan sinar kembali. Changi akan pesat maju. SIA akan kembali semula menjadi pesawat terbaik untuk membuat penerbangan. Ekonomi kita akan makmur semula. Dan anak cucu kita akan terus maju, membina masyarakat yang adil lagi saksama.”

Sumber: Twitter, @succiiara
Luahan wartawan: Let’s kick COVID-19 in the ass! Tak nak pakai mask lagi please!!!