“Jangan Lupa Kepada Golongan Tidak Bernasib Baik” Lim Ah Boy Beri Habuan Kepada Keluarga Susah
Untuk kebanyakan warga tua, waktu selepas bersara merupakan peluang untuk berjoli.
Namun buat pemilik kedai barangan motosikal Lim Ah Boy, dia lebih cenderung menggunakan masa lapangnya untuk menjalankan kerja kebajikan.
Bersama teman-temannya petang tadi (26 September), Ah Boy menghulurkan juadah dan makanan kering kepada orang-orang yang memerlukan di sebuah kawasan di Singapura.
“Dalam masa tidak menentu seperti kini, janganlah lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik.
“Perbuatan kecil sekali pun membawa seribu erti buat mereka.
“Marilah kita lakukan sedaya mungkin untuk menderma, menjadi sukarela dan menyumbang kepada komuniti ini,” catat Ah Boy di Facebook.
Selain sumbangannya hari ini, Ah Boy juga kerap menghulurkan bantuan kepada komuniti Melayu/Islam setempat, khususnya sewaktu bulan Ramadhan.
Malahan, dia turut dikenali sebagai seorang penjual yang tidak lokek memberi diskaun dan barangan percuma kepada pelanggan-pelanggannya, tidak kira kasta.
Dengarkan kisah Lim Ah Boy bersama podcast nombor satu, OKLETSGO, di sini:
Luahan wartawan: Kalau aku ada motor, sekarang jugak aku beli 10 helmet untuk tunjuk support. Tak hairanlah kenapa orang sayang gila kat Ah Boy. A very giving and caring man. Respect! ?
Sumber: Lim Ah Boy
Comentarios