Jangan Gantung Burung Diluar, Burung Enggang Ini Makan Mata Puteh!
Sebuah rakaman video yang menunjukkan seekor burung enggang menangkap seekor burung mata putih menggunakan paruhnya tular di lelaman Facebook All Singapore Stuff.
Sumber: Facebook- All Singapore Stuff
Rakaman video itu telah meraih lebih daripada 850 likes, 350 komen dan 670 shares.
Apa yang membuat kejadian ini lebih manrik adalah pada ketika itu, burung mata putih sedang berada di dalam sangkarnya. Video tersebut telah pun dirakam dari bawah sebuah blok HDB yang tidak dapat diketahui lokasinya.
Rakaman tersebut bermula dengan seekor burung enggang yang hinggap diantara empat sangkar burung, seolah-olah sedang memilih mangsanya.
Burung enggang itu kemudian melompat ke sangkar yang paling kiri dan memutuskan bahawa burung itu paling sedap antara yang dipamerkan.
Burung enggangitu menangkap burung mata putih yang berada di dalam sangkar dengan paruhnya dan dalam satu gerakan yang cepat, menarik burung yang lebih kecil itu keluar dari sangkarnya.
Burung mata putih itu kemudian dilihat cuba membuka sayapnya namun salah satu sayapnya kelihatan seperti sudah cedera..
Setelah burung mata putih itu kelihatan tidak bergerak lagi, burung enggang itu lalu memasukkan mangsanya di dalam paruhnya dan memakannya.
Ruangan komen posting tersebut dibanjiri dengan komen para netizen yang mengatakan bahawa kejadian ini adalah satu kejadian semula jadi ataupun ‘circle of life’.
Sumber: Facebook, All Singapore Stuff
Ada juga netizen yang mengecam orang yang merakam video tersebut kerana tidak menolong untuk menghalau burung enggang itu.
Sumber: Facebook, All Singapore Stuff
Namun begitu, ramai juga netizen yang menyalahkan pemilik burung mata putih itu kerana meletakkan sangkar burung itu diluar rumah.
Sumber: Facebook, All Singapore Stuff
Burung enggang merupakan haiwan omnivor yang selalunya memakan buah-buahan namun ia juga akan memakan serangga ataupun haiwan kecil.
Luahan Wartawan: Lately macam banyak gitu cases of wild animals attacking domesticated animals. I think this is the effects of urbanisation. Banyak tempat tinggal binatang liar is destroyed due to construction and now they have to adapt this way to survive.
Either that or ada orang tengah main Jumanji.
Podcast Plan B minggu ini!
Bình luận