top of page
Writer's pictureLintah Darah

Isteri Sibuk Zumba Sampai Lupa Masak Di Rumah, Suami Mengamuk


Suami Mengamuk

Berang kerana sang isteri tidak menyiapkan makanan sebelum ke sesi zumba, seorang suami bertindak agresif dengan mengjahanamkan dapur gas.


Berlaku di Indonesia, lelaki terbabit dirakam menghempas dapur gas berkali-kali di halaman rumahnya.

Dapur gas menjadi mangsa keadaan

Dapur gas menjadi mangsa keadaan.


Meski cuba ditenangkan oleh seorang wanita berpakaian sukan, yang dipercayai isterinya, kelakuan lelaki tersebut tetap tidak dapat dikawal.

Isteri cuba menenangkannya

Isteri cuba menenangkannya.


Lebih memalukan, kejadian tersebut diperhatikan rakan-rakan zumba isterinya dan jiran tetangga yang turut tidak tentu arah melihat sikap lelaki terbabit.

Mbak-mbak zumba bingung.

Mbak-mbak zumba bingung.

Jiran jadi penasaran

Jiran jadi penasaran.


REAKSI WARGANET


Sejak video itu dimuat naik di Facebook 11 jam lalu, ia telah menjana lebih 13.7 ribu kongsian serta komen-komen berbelah bagi.


Majoriti warganet — termasuklah wanita — bersetuju dengan kelakuan lelaki tersebut kerana berpendapat, para isteri seyogianya menyiapkan makanan buat suami sebelum melakukan hal-hal lain.

Aldi Syafri
Mamah Olis Mamah Olis
Jaylani Afkarina
Lisa Padil
Makhda Lena

Hanya segelintir wanita sahaja yang merasakan perbuatan lelaki berkenaan keterlaluan.


Justeru, menimbulkan perasaan berterima kasih terhadap suami masing-masing kerana memahami erti tolak ansur dan pandai berdikari.


asminaa Minaa
Meta Zendrato
Irma Anwar
Mell

Tonton video penuh disini. Sumber: Eris Riswandi


Luahan wartawan: Jantan tak guna. Eh hello kau ada kaki, ada tangan, siap ada tenaga untuk hempas dapur gas, kenapa tak masak sendiri jer? Kalau useless sangat sekali pun, takkan tak tau keluar beli makanan kat kedai? Bodoh. Sekarang lagi satu punya kerja kena bayar orang fix dapur gas. Kebulur lah kau.


Aku kalau bini dia aku tak layan. Kau nak gila pergilah situ. Apa ingat sebab dah kahwin, bini tak boleh ada life ke? So what kalau bini dia selalu pergi zumba or tak masak untuk laki dia? Laki dia dah dewasa he can settle himself.


Girl, kau pergi jer zumba. Pergi kasi body kau hot, dahtu pergi date kau pey zumba instructor. Perangai goblok!


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page