Isteri Ikut Pergi Karaoke Sebab Takut Suami Ambil Hostess, Semua Diberkas
Demi merasai suasana pusat hiburan dan juga kerana perasaan sangsi terhadap suami, seorang ibu sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
Seorang wanita berusia 39 tahun diberkas bersama suaminya berserta 27 individu lain di sebuah pusat hiburan di Kuah, Langkawi dalam serbuan pada pagi Ahad. Mereka ditahan kerana ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Menurut wanita tersebut, beliau pernah menemani suaminya meminum minuman keras walaupun tidak pernah sekali menjamah air tersebut. Beliau rela membuat demikian kerana bimbang suaminya akan berfoya-foya bersama wanita lain di luar pengetahuannya.
Gambar hiasan.
Warganet mengecam tindakan wanita tersebut kerana perbuatannya yang tidak masuk akal.
Ada juga yang mempersoalkan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim dan ibubapa namun diakhiri dengan doa agar mereka berubah.
Namun, luahan seorang netizen yang pernah melalui peristiwa tersebut amat memahami dorongan wanita tersebut untuk menemani suaminya walaupun salah di sisi agama.
Luahan Wartawan: Where do I begin to address this clusterfuck?
Umur dah 40 tahun wei masih lah nak clubbing mabuk bagai?! Kau tu bapak anak 4. Okay nak club dengar lagu, okay la. Kasi kau. Tapi masih nak chase shots sampai tak ingat dunia?
Anak-anak kau tengah dalam usia dimana dorang belajar daripada tunjuk-ajar kau. How will they feel baca dekat dalam berita yang mak bapak kena tangkap lepas raid dekat club?
You ever think of that? No. You selfish pricks.
Memang dunia dah nak akhir zaman. Yang bini pun boleh ikut sekaki, langgar peraturan demi sayang, gitu? Bukan undang-undang kerajaan je kau lagau, undang-undang ugama pun kau lupa?
Memang kena patuh dan jaga suami tetapi His word above anything else.
Comments