Isteri Carikan Calon Untuk Dimadukan
- Lintah Darah
- Jul 6, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 4, 2024

Sumber: Zarra Zulkefly
“Saya sedang mencari isteri kedua untuk suami saya. Jika anda ada rakan solehah yang boleh dijadikan calon, tolong beritahu saya,” catat ibu anak satu di Twitter.
2 Julai lalu, Zarra Zulkefly (@mamiarrian) memaklumkan kepada warga Twitter bahawa dia sedang mencari pasangan baharu buat suaminya, yang dikatakan seorang jejaka yang baik dan penyayang.

Suami yang baik dan penyayang.
Difahamkan, Tweet tersebut dimuat naik kerana Zarra “tahu isi hati” suaminya.
REAKSI WARGANET
Lantaran itu, warganet mula memberi semangat dan virtual love kepada Zarra.
Ada juga yang berharap agar Zarra dapat berfikir masak-masak sebelum menerima mana-mana calon kerana hidup bermadu ‘menyakitkan’.
If ini sekadar social experiment syukur alhamdulillah, tapi kalau benda ni real aku pulak rasa sebak. Apa yang husband dia buat sampai wife dia boleh fikir sejenak sampai macam ni . Sis kalau ada dalam masalah, harap sangat masalah sis selesai dengan baik. Sakit bila di duakan
— ® (@Hziqfkr) July 2, 2020
Sebaliknya, ada sebilangan warganet yang mengambil peluang tersebut untuk mencari pasangan hidup.
Namun, ada yang mengesyaki bahawa Tweet berkenaan sekadar social experiment sahaja.
Setakat hari ini (6 Julai), Zarra masih belum memberikan kemas kini tentang sama ada dia sudah menemui bakal madunya atau tidak.
Luahan wartawan: Sounds like a social experiment sebab dia businesswoman and maybe, ni marketing strategy untuk dia promotekan business dia.
Tapi kalau dia legit cari perempuan lain untuk suami dia, syurga buatmu sis.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...