Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun, Ibu Meninggal Ketika Melahirkan
Besar nilai pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadai nyawa demi anaknya. Begitulah kisah seorang ibu, Siti Aisyah Binti Zulkafli, yang telah kembali ke rahmatullah setelah melahirkan anak sulungnya.
Di dalam pos dimuat naikkan oleh Adek Eyka, adik kepada Allahyarhamha, beliau meluahkan isi hatinya setelah kehilangan kakak tersayang.
“Assalamualaikum Kakak saya Siti Aisyah Binti Zulkafli telah menghadap illahi.. doakan semoga rohnya dicucuri rahmat , ditempatkan golongan yang beriman . Aminn Al-fatihah (dibaca)” Eyka menceritakan semula saat pemergian kakaknya, dimana bayi arwahnya sedikit pun tidak menangis, seolah-olah redha dengan pemergian ibunya. Hati bertambah sayu apabila melihat kucupan terakhir bayi itu pada pipi ibunya yang telah mengorbankan nyawa beliau deminya.
Eyka juga mengongsikan rasa sebaknya apabila beliau terbaca diari arwah kakaknya dan akan menyimpan rahsia tersebut buat selamanya.
“Apa yang buat aku terasa 1001 perasaan serbe salah bila terbaca buku diari arwah. Biarlah aku saja yang tahu apa yang ditulisnya..Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air mata darah sekali pun takkan tebus rasa serba salah aku…”
Warganet turut bertumpang simpati dan mendoakan yang terbaik buat arwah Siti Aisyah.
Hati amat sayu mengenangkan nasib anak yang tidak dapat bermanja dan mengenali arwah ibunya. Salam takziah kepada Eyka dan keluarga.
Luahan Wartawan: SubhanAllah, aku kagum dengan bayi yang tidak menangis ataupun merenggek sehinggalah arwah ibunya selamat diuruskan.
Mungkin inilah kebesaranNya. Fa inna ma’al ‘usri yusra, inna ma’al ‘usri yusra.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Komentáře