Initiatif Memberi Makan Nur JM dan Hafidz Membuat Ramai Lagi Tampil Membantu
MENGEKALKAN SEMANGAT MEMBERI
Dalam keadaan pemutus litar sekarang ini, mereka yang memerlukan sering terlepas dari pandangan. Dengan penutupan masjid serta sekatan yang dikuatkuasakan, menjadi agak sukar untuk mereka mendapat agihan makanan dan barang keperluan.
Ini telah mendorong 2 individu, Abg JM dan Hafidz untuk memulakan inisiatif mengagihkan barangan keperluan dan makanan buat mereka yang memerlukan.
Di dalam wawancara bersama wartawan kami, mereka telah berkongsi dorongan mereka untuk buat kerja amal ini.
“Sebenarnya, ni unplanned. Bermula bila kita dapat tahu ada non profit charity organization KitaBersaudara yang buat agihan untuk pekerja Malaysia terkandas dekat Singapura. Mereka cuba buat yang sama untuk masyarakat tempatan tetapi dapat cover 3 daerah saja, Ghim Moh, Pasir Ris dan west side. We were inspired so kita post dekat Facebook, mencari mereka yang memerlukan.”
Post itu mendapat sambutan dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk membantu dari segi wang dan barangan keperluan. Semasa pengagihan, mereka sedar bahawa banyak lagi keluarga yang memerlukan dari disangkakan.
“Kita decided to do something different, agihkan makanan untuk mereka berbuka puasa.”
Pada mulanya, Facebook Live digunakan untuk memberitahu orang ramai tempat pengagihan mereka.
“Mula-mula, kita buat agihan belakang kereta JS, memanggil orang dekat block tu untuk datang turun ambil makanan.”
Kemudian, Hafidz mula mereka poster yang ditampal di daerah rumah-rumah sewa untuk create awareness.
Lama-kelamaan, kerja amal mereka disebarkan oleh warganet dan ini telah menarik perhatian orang ramai yang ingin menyumbang.
KOLABORASI
Sumbangan dari segi tenaga dan derma makanan mula mengalir masuk daripada pelbagai kumpulan, antaranya Abam2 Trailers SG, Warpigs Motorcycle Club, Nur Insan, AHT carpets dan Azley Flywings. Pek makanan termasuk hidangan utama, bubur dan cemil-cemilan di siapkan sebelum diagihkan di daerah-daerah yang terpilih pada setiap hari.
Sumber: Facebook, Muhammad Hafidz
TROUBLE WITH THE AUTHORITIES?
Kerja amal mereka dihambat seketika baru baru ini di Punggol dan Edgefield kerana mereka telah pun dilaporkan kepada pihak polis oleh kerana tiada social distancing. Namun begitu mereka bernasib baik kerana ketika polis tiba, mereka telah pun selesai pengagihan habuan.
TERSEREMPAK DENGAN GELANDANGAN
Nur JM berkongsi sama sebuah kisah yang mana mereka terjumpa seorang pak cik yang tinggal di kawasan perkuburan bersama dengan keluarganya semasa kerja pengagihan. Video yang dirakamkan tular dan beliau menerima bantuan dari MSF dan Project Heal, yang dipercayai merupakan kesan tularnya video JM KKPL
PENGALAMAN YANG MENYENTUH HATI?
“Ada yang kita hantar door-to-door, buat orang tua yang tak boleh beratur dan sebagainya. Mereka ni pula yang offer kita air atau kuih buatan sendiri in return. Mereka juga doakan kami selalu. They may not have much tapi hati diorang memang baik.” JM mengatakan diantara pengalaman yang menyentuh hati mereka.
RANCANGAN MASA DEPAN?
Nur JM mengatakan mereka akan berhenti buat musim raya namun begitu mempunyai perancangan untuk masa depan. Antaranya adalah kerjasama dengan Boon Lay Community Center.
“Ini hanya permulaan buat kami. Kita ingin meneruskan kerja-kerja amal ini untuk menyumbang balik kepada masyarakat.”
Luahan Wartawan: Respect, bros. Memang banyak yang berniat untuk membuat kerja amal tapi mungkin tak berani kerana keadaan sekarang.
But these two took the plunge dengan niat yang betul dan mendapat sambutan orang ramai.
Betul yang dikatakan mereka, kerja amal harus diteruskan. And someone needs to start.
Hopefully this inspires other people to help or start their own cause.
Semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan kerana hati mulia mereka untuk menyumbang kembali pada masyarakat. All the best for your future endeavours!
Comments