Influencer 24 Tahun, Mengaku Masih Menyonyot Susu Botol
- Chap Chai
- Jun 30, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 4, 2024

Biarpun berusia 24 tahun, personaliti internet Indonesia Anya Geraldine mengakui dirinya masih menyusu botol.
Menerusi Twitter pada 27 Jun lalu, Anya memuat naik gambarnya menikmati susu sambil berbaring.
Kata pelakon Yowis Ben 2 itu, dia telah cuba menghakis tabiatnya buat bertahun lamanya, namun gagal.
Ibu bapanya turut ‘membantu’ dengan membuang semua botol susu miliknya semasa dia berada dalam kelas enam.
Akan tetapi, tabiat itu diteruskan sewaktu kolej.

Sumber: Instagram, @anyageraldine
Kini tinggal bersendirian, Anya berkongsi dia masih menyusu botol — yang diisi dengan jenama susu ‘Dancow Putih’ atau ‘Pediasure’.
Akan tetapi, setiap kali ibu bapanya datang untuk menjenguk, mereka akan membuang koleksi botol susunya.
Difahamkan, ibu Anya takut jika tabiat anaknya akan menyebabkan kerosakan gigi.
Luahan wartawan: Awh sama lah. You isap susu botol. I masih kena sniff bantal busuk kalau tak tak boleh tido. So cute lah kita ni! ?
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...