Impian Menjadi Kenyataan Bagi Remaja Lumpuh Untuk Menaiki Kereta Api
Sumber: Facebook, KTM Berhad
Seorang remaja penghidap penyakit lumpuh yang berasal dari Perak telah menyatakan hasrat terakhir beliau untuk dapat merasai pengalaman menaiki kereta api sebelum pemergiannya.
Sumber: Facebook, KTM Berhad
Aziana Shaari, 17 tahun, lumpuh akibat dihempap tembok konkrit ketika usianya 10 tahun menyebabkan tulang belakangnya hancur. Beliau juga mengalami kerosakan buah pinggang dan usus yang tidak lagi berfungsi.
Aziana menyimpan keinginannya untuk menaiki kereta api sejak dia masih kecil. Namun selepas kemalangannya itu, ibunya, seorang ibu tunggal, berkongsi akan kesukaran beliau untuk memenuhi impian anaknya itu.
Sumber: Facebook, KTM Berhad
Impian Aziana telah menjadi nyata melalui usaha KTM Berhad. Syarikat kereta api itu telah menyediakan kereta api untuk Aziana yang terlantar di atas katil. Seluruh rombongan menaiki kereta api selama 35 minit dari Sungai Petani ke Butterworth.
Sumber: Facebook, KTM Berhad
Untuk membuat pengalaman Aziana lebih bermakna. Kereta api yang dinaikinya itu telah berhenti buat seketika di hadapan rumah Aziana dan berhampiran dengan jambatan Sungai Prai.
Pihak KTMB mengatakan bahawa kelihatan raut wajah Aziana sangat ceria sepanjang perjalanan menaiki kereta api dan ibunya berasa amat bersyukur.
Sumber: Facebook, KTM Berhad
Warganet juga turut menunjukkan penghargaan mereka atas usaha pihak KTM Berhad.
Sumber: Facebook, KTM Berhad
Luahan Wartwan: Gembira sangat untuk adik Aziana! Semoga lebih bersemangat dan Bahagia untuk teruskan perjuangan.
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments