Imam Meninggal Ketika Mengimami Sholat Jumaat, Pemergian Dicemburui Ramai
Kematian tidak mengenal waktu, tempat dan usia. Namun begitu, bagaimana seseorang itu mati boleh menjadi sesuatu yang dicemburui ramai.
Menerusi rakaman video yang telah dimuatnaikkan di lelaman Facebook Ustaz Hanafi, seorang Imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat di sebuah masjid di Nakhon Si Thammarat.
Sumber: Google Images
Posting tersebut menular di media sosial dan telah meraih lebih daripada 18000 likes, 1200 komen dan 4200 shares.
Sumber: Facebook, Ustaz Hanafi
Rakaman video yang dimuatnaikkan itu menunjukkan Imam tersebut yang dikenali sebagai Allahyarham Imam Haji Hashim sedang mengimamkan jemaah solat Jumaat apabila beliau tiba-tiba rebah kehadapan ketika hendak bersujud.
Perkara itu membuat hampir kesemua jemaah yang sedang bermakmum itu untuk membatalkan solat dan tampil kehadapan untuk membantu Allahyarham Imam Haji Hashim.
Pemergian Imam itu juga dikongsikkan oleh lelaman Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat.
Sumber: Facebook, Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat
Menurut posting tersebut, Allahyarham Imam Haji Hashim juga merupakan Timbalan Ketua Majlis Agama Islam di situ.
Buat masa ini, punca kematiannya belum lagi dapat diketahui.
Ruangan komen di lelaman Facebook Ustaz Hanafi dibanjiri komen dari netizen yang ‘cemburu’ dengan kematian tersebut serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Sumber: Facebook, Ustaz Hanafi
Namun begitu, ramai juga netizen yang mempertikaikan bahawa jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat itu tidak patut membatalkan solat dan seharusnya diteruskan setelah seorang daripada makmum menggantikan tempat Imam.
Sumber: Facebook, Ustaz Hanafi
Semoga roh Allahyarham Imam Haji Hashim dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, inshaAllah ameen.
Luahan Wartawan: Satu pemergian yang dicemburui indeed. Tak semua orang dapat pemergian sebergini. May Allah bless him and place him amongst the righteous, inshaAllah ameen.
As for whether or not the jemaah should teruskan solat or render aid, ini nak kena tanya NJU ni…
Podcast Plan B minggu ini!
תגובות