Ikan Pari $25,000 Dan Arowana $40,000, Penternak Ikan Tempatan Berkongsi Koleksi Ikan
Kisah warga Singapura memelihara ikan bernilai tinggi dan jarang ditemui di rumahnya telah menarik perhatian dunia.
BERJUTA TONTONAN
Koleksi ikannya, yang dikongsi dalam bentuk video menerusi laman Facebook CoralFish12g — sebuah rancangan ilmiah yang menyentuh topik berkenaan dengan kehidupan akuarium — telah menjangkau 1.2 juta tontonan dan 10.4 ribu kongsian sejak ia dimuat naik pada 21 Julai.
Video berdurasi penuh turut dikongsi di Youtube pada 8 Jun dan telah meraih 1.3 juta tontonan.
PENTERNAK IKAN PARI & ARWANA
Penternak ikan pari profesional Kenny Lim dari Empire Exotic Rays merupakan ‘pencipta’ ikan pari White Diamond, yang dihasilkan menerusi in-line breeding — proses pembiakan daripada keluarga yang sama.
Lim turut menternak ikan pari Black Diamond, yang seperti White Diamond, mempunyai tompok bulat putih pada badan hitam.
Ikan pari White Diamond lebih kontras berbanding Black Diamond.
Di pasaran, seekor ikan pari sedemikian rupa bernilai; US$10,000 hingga US$20,000 (S$13,851.10 hingga S$24,931.98) manakala ikan pari albino berharga US$20,000 (S$24,931.98)
Ikan pari Albino Black Diamond.
Ikan pari berwarna coklat, yang tidak dianggap sebagai rare pula berharga US$1,000 (S$1385.11).
Ikan pari coklat.
Selain itu, Lim turut mempunyai ikan arwana merah yang diimport dari Indonesia, di mana harga seekor boleh mencecah US$30,000 (S$41,553.30).
Ikan arwana merah.
Kata Lim, beberapa ikan-ikan yang disimpan di rumah privetnya dianggap sebagai haiwan peliharaan justeru, dia tidak menjual ikan-ikan berkenaan.
Antara tanki dalam rumahnya.
Antara tanki dalam rumahnya.
Terdapat juga tanki di dek yang berukuran 15 kaki kali 7 kaki.
Namun, ada yang boleh didapatkan menerusi syarikatnya, Empire Exotic Rays. Ikan-ikan ini dieksport ke seluruh dunia melalui Exotic Aquatics LLC.
Luahan wartawan: Menggila! Style seh colour hitam. Satu ikan lagi mahal daripada net worth aku. Aku tak interested in buying. Tapi boleh makan tak ikan rare macam ni?
Comments