Ikan Koi Habis Diserang Memerang Berang
Sejak kekurangan manusia di jalanan dek perintah pemutus jangkitan (CB), beberapa kumpulan memerang didapati berkeliaran di serata Singapura.
Antara lokasi yang diserang haiwan comel ini adalah sebuah kolam koi.
Setibanya di kolam itu, memerang-memerang ini mengadakan pesta bufet tersendiri.
Sumber: Facebook, Soh Choon Heng & World of Buzz
Makan besar!
Di samping video tersebut, rakaman memerang berkelana di kawasan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH) juga tular di media sosial.
Sumber: Facebook, Soh Choon Heng & World of Buzz
Sumber: Facebook, Soh Choon Heng & World of Buzz
Susulan video-video tersebut, warganet mengaitkan kedua-dua kejadian kepada kelompok memerang yang sama dan mendakwa memerang-memerang tersebut telah menyerang koi di hospital berkenaan.
Difahamkan, orang ramai telah menyuarakan ketidakselesaan mereka akan kehadiran haiwan liar ini, yang membawa bahaya terhadap kaum manusia.
Justeru, pihak KKH mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan bahawa koi di kolam KKH tidak diceroboh haiwan-haiwan ini.
Selain isu keselamatan, pengguna Facebook Soh ChoonHeng turut berpendapat ‘perangai’ memerang-memerang ini ‘di luar kawalan’ dan jika dibiarkan, akan mengancam populasi koi.
Haruskah memerang dibendung?
Luahan wartawan: Aku okay jer dengan otter-otter ni semua. Kita kan tengah CB. Bagi dorang chan lah have fun kat luar.
Pasal koi tu…Ala binatang kan. Dorang pun nak cari makan. Kalau takut ikan mahal kau kena makan dengan otter, belilah guppy.
Anyway, aku rasa otter lebih lucky daripada manusia. Otter curi koi orang maafkan. Orang panggil cute lagi. Kita kalau nak BELI Koi, kena bayar $3.20 untuk air, $20 service charge dengan $4 delivery service. Lagi baik jadi otter.
Comments