top of page
Writer's pictureChap Chai

Ibu Bunuh Diri Kerana Tidak Mampu Beli Susu Anak


Tidak Mampu Beli Susu Anak

Seorang ibu 26 tahun dari wilayah Maha Sarakham, Thailand, membunuh diri kerana tidak mampu membeli susu buat anak-anaknya setelah kehilangan pekerjaannya dek COVID-19.

membunuh diri kerana tidak mampu membeli susu buat anak-anaknya

Sumber: The Nation


Pada 20 April, Irada Lordpet, yang sebelum ini bertugas sebagai penjual yogurt, dijumpai tergantung dalam tandas rumah oleh adiknya.


Menurut The Nation, Irada meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


CUBA MENCARI JALAN KELUAR

Coba mencari jalan keluar

Gambar hiasan. Sumber: New Straits Times


Irada, seorang janda yang datang daripada keluarga susah, mempunyai anak enam tahun dan enam bulan.


Setelah kehilangan mata pencariannya, Irada mempunyai kesulitan membayar bil dan membeli susu untuk anak-anaknya.


Oleh itu, dia meminta pertolongan kewangan daripada ketua kampungnya, Somjit Siwai.

meminta pertolongan kewangan

Gambar hiasan. Sumber: Need Pix


Kata Somjit, dia memberitahu Irada bahawa dia akan merujuk kepada bank tentang hal tersebut.


Namun, tidak lama kemudian, Somjit menerima panggilan daripada ibu Irada yang menyampaikan berita bahawa Irada telah meninggal dunia.


TETAP AKAN MEMBANTU

uang

Sumber: Bangkok Post


Meskipun Irada sudah tiada, Somjit tetap akan menyalurkan bantuan kepada keluarga Irada menerusi ibunya, Sompong Yola.


Luahan wartawan: Sedih. Seluruh dunia terjejas akibat COVID-19. Dan pastinya, penduduk dari third world country merasakan impak yang lebih dahsyat daripada kita di Singapura.


Kalau sampai dah gadai nyawa, it must be another level of stress and worry.


Sekurang-kurangnya kita di sini masih menerima sokongan daripada pemerintah dan badan kebajikan. Tapi aku tau even with all these help, ramai antara kita yang rasa ‘it’s not enough’.


But life isn’t just about money. Kalau korang rasa macam nak give up on life, talk to someone yang boleh bangkitkan kembali semangat kau. Stay strong and stay safe everyone. Tak lama lagi COVID-19 will be gone (hopefully).

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page