Ibu Bapa Mengamok Bila Bil Baru Diluluskan
“Kau nak kita beranak tapi susahkan kita yang nak kerja. Korang punya prata macam musibot siol!”
Pos asal
Begitulah reaksi seorang ibu setelah menerima berita bahawa ibu bapa tidak lagi dibenarkan untuk menghantar anak mereka ke rumah datuk nenek mereka setiap hari.
Lantaran pengumuman mengejutkan itu, para ibu bapa mula bimbang dan celaru, terutama sekali mereka yang bekerja dalam sektor perkhidmatan penting.
Dan antara yang terjejas ialah Huda (bukan nama sebenar).
PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BUKAN SOLUSI
Sumber: The Straits Times
Dengan seorang anak enam tahun, yang mempunyai masalah mengawal kemarahan, dan seorang lagi anak tiga tahun, ia bukanlah mudah bagi Huda untuk mencari jalan penyelesaian meskipun telah meminta nasihat daripada Anggota Parlimen (AP) Dr Lee Bee Wah menerusi e-mel,
“AP suruh I hantar anak-anak I pergi childcare. Bukannya I tak ikhtiar. Sejak dulu lagi I dah enquire. Tapi masalahnya, childcare yang ajar bahasa Melayu semua dah full.
“Tambah-tambah lagi anak I yang first kena go through ‘intervention programme’ (program untuk mengubah perangai).
“Bila I telefon childcare, semua macam nak tak nak ambil anak I sebab it’s not easy untuk jaga budak macam ni,” kata Huda, yang bekerja tujuh hari berturut-turut.
“Sebab itu I perlukan mak bapa I untuk jaga mereka.”
ENGGAN BERPISAH
Akan tetapi, Huda dan suaminya, juga seorang pekerja barisan hadapan, mempunyai pemikiran kedua tentang langkah meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan ibu bapa Huda sehingga tamat tempoh pemutus jangkitan.
“Kalau I kasi anak-anak I duduk dengan my parents, I tak boleh jumpa mereka sampai Mei. Sekarang ni pun, kami suami isteri jarang jumpa mereka. Kalau extend sampai enam bulan? Am I supposed to be fine with this?
“I pun risau sebab anak pertama I ada pembelajaran di rumah (HBL). Faham-fahamlah kalau nenek atok yang jaga, budak-budak bukannya belajar pun. Tiada siapa yang dapat bimbing anak-anak I at my parent’s place,” luah Huda, yang tersepit dalam dilema.
ANAK ADALAH AMANAH IBU BAPA
Begitu juga yang dirasai AJ (bukan nama sebenar), juga seorang bapa kepada dua anak.
“Anak-anak amanah kita. Takkan senang-senang nak campak mereka kepada ibu bapa?
“Anak kecil perlukan banyak perhatian. Jadi macam mana golongan nenek atok yang harus menjaga cucu-cucu mereka dapat rehat dan jaga kesihatan?” soal AJ, yang menghantar anak pertamanya ke rumah ibu bapanya sementara anak kedua di bawah khidmat penjagaan anak-anak.
Meskipun begitu, AJ, seorang penghantar makanan, dan isterinya, seorang pekerja sosial, turut menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan.
“Hari ini hingga Ahad, isteri dibenarkan untuk duduk di rumah untuk menjaga anak-anak.
“Tapi minggu depan macam mana? Kalau isteri harus bekerja, saya terpaksa duduk rumah. Secara tak langsung, mata pencarian kami sekeluarga pun terjejas,” kata AJ.
SOLUSI
Sumber: Make A Meme
Lantas, AJ bercadang untuk memindah ke rumah ibu bapanya atau, menyuruh mereka untuk tinggal di rumahnya sehinggalah keadaan bertambah baik.
“Saya tak pasti kalau cara ini dibenarkan. Setakat ini, itu solusi terbaik buat saya, isteri dan anak-anak.”
Bagi Huda dan suaminya pula, mereka merancang untuk melanggar peraturan tersebut dan teruskan menghantar anak-anak ke rumah ibu bapa Huda.
“Nak buat macam mana lagi? Sekolah anak pertama I tak benarkan ibu bapa yang bekerja sebagai petugas perkhidmatan penting untuk tinggalkan anak-anak di sekolah.
“Nak berhenti kerja pun tak boleh sebab sekarang ni pun, kita cukup makan,” kongsi Huda.
Luahan wartawan: Kalau ikut perintah, berminggu tak dapat jumpa anak. Kalau tak ikut
perintah, salah satu kena berhenti kerja/ambil cuti untuk jaga anak atau keluarkan duit untuk hantar anak pergi childcare.
I also believe they’re trying to protect the elderly. Kalau kita ulang-alik rumah mak bapak, tanpa kita sedar, we’re exposing them to the virus. Orang tua lagi senang jangkit and susah nak baik. In some countries like Italy, dorang kasi orang tua die off jer sebab tak cukup resources. We wouldn’t want that to happen in our country kan?
Comments