top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Ibu Bapa Jenis Apa Nih? Didakwa Dera Dan Usir Anak Keluar, Tak Kisah Kalau Anak Dirogol


Ibu Bapa Didakwa Dera Dan Usir Anak Keluar

Amnya, tiada ibu bapa yang akan membenarkan anak kecil mereka keluar tanpa pantauan, mentelah lagi mengusir mereka dari rumah.


Namun, sepasang ibu bapa di Malaysia baru-baru ini mengundang kecaman setelah didakwa menghalau anak kecil mereka dan meluahkan bahawa mereka tidak akan peduli sekiranya anak mereka dirogol.


Kelmarin (9 Januari), tular sebuah video tentang nasib seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun yang mendakwa dirinya didera dan dihalau ibu bapanya.


Video tersebut, yang dirakam oleh Faiz BM (@faizbm) — “penyelemat” kanak-kanak gadis itu — menjelaskan kisah tragis yang dihadapi anak kecil itu.


HENDAK BAWA DIRI KE RUMAH NENEK

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak itu ditemui di jalan raya menuju ke sebuah pasar raya di Setia Alam, Selangor, ketika Faiz dan isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah.


Menukil laporan Kosmo, kanak-kanak tersebut, yang membawa beg galas bersamanya, hendak menuju ke rumah neneknya di Batu Belah, Klang dengan menunggang basikal.

Hmetro

Sumber: Hmetro


Menurut Google Maps, perjalanan dari Setia Alam ke Batu Belah berjarak 5.3 kilometer dan memakan masa sekurang-kurangnya 1 jam 6 minit jika berjalan kaki.

Google Maps

Kasihan akan kanak-kanak tersebut, Faiz membawanya ke sebuah restoran makanan segera.


Di kesempatan tersebut, dia bertanya lebih lanjut tentang situasi yang sedang dilalui budak itu.

OhMyMedia

Sumber: OhMyMedia


Kongsi kanak-kanak itu kepada Faiz, dia “kerap dimarahi dan didera oleh ibu bapanya sehinggakan dia nekad keluar dari rumah”.


Lebih memilukan, ibu bapa anak gadis ini sempat berpesan “sekiranya dia dirogol, mereka enggan ambil tahu”.


Malah, ibu bapa kanak-kanak itu juga didakwa “hanya akan membuat laporan polis sekiranya anak mereka didapati hilang”.


Segala perbualan pada asalnya didokumentasikan di Instagram Faiz. Namun, pos berkaitan kanak-kanak terbabit telah dipadamkan atas permintaan keluarga.

Segala perbualan pada asalnya didokumentasikan di Instagram Faiz. Namun, pos berkaitan kanak-kanak terbabit telah dipadamkan atas permintaan keluarga

REAKSI WARGANET

Melihat perkongsian Faiz, warganet rata-rata bersimpati akan nasib budak perempuan itu yang malangnya, mempunyai ibu bapa tidak bertanggungjawab.

Melihat perkongsian Faiz

warganet rata-rata bersimpati akan nasib budak perempuan itu

Sumber: OhMyMedia


KEMBALI BERSAMA IBU BAPA

Terkini, kanak-kanak tersebut telah kembali ke pangkuan ibu bapanya, lapor Harian Metro.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Ambol, kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada pihak polis petang semalam (10 Januari) dan dipulangkan kembali kepada ibu bapanya pada hari yang sama.

Kanak-kanak tersebut bersama lelaki yang menemuinya

Kanak-kanak tersebut bersama lelaki yang menemuinya. Sumber: Kosmo


Walau bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh budak terbabit.


Tambahan pada itu, Ramsay berkata, ibu bapa kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis berkaitan video yang dimuat naik Faiz.


Namun, Faiz mengakui dia tidak pasti akan kesahihan cerita kanak-kanak tersebut.


Luahan wartawan: A bit sus yeah. It’s a little hard to trust kids sebab imagination dorang wild and they don’t understand the repercussions of the things they say. I guess it has got to do with what kids watch on their devices as well.


Mungkin she came up with this plot after coming across a video ke apa. Sekiranya budak ni bohong, her parents should basuh her. Tak pasal-pasal nanti dah besar jadi manipulative and a perpetual liar.


Tapi kalau it’s true that dia kena abuse and her parents said “dorang takkan buat apa-apa kalau she’s raped”, then they are not fit to care for such a young child. Such a mindset is sickening.

Such a mindset is sickening


Podcast Plan B minggu ini!



Commenti


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page