top of page
Writer's pictureLintah Darah

I AM SORRY – Daud Kim Mohon Maaf Atas Serangan Seksual Terhadap Seorang Wanita



I AM SORRY

Source: YouTube

Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Kyun-Woo telah membuat permohonan maaf itu secara terbuka di siaran YouTubenya.


Sejauh ini sudah terdapat lebih 600 ribu tontonan sejak dimuat naikkan semalam.


Beliau yang mempunyai sekitar 2 juta subscriber itu telah dikatakan telah ke tempat kediaman wanita tersebut, seorang selebriti Tiktok lalu cuba untuk memperkosanya dalam keadaan mabuk.

seorang selebriti Tiktok lalu cuba untuk memperkosanya dalam keadaan mabuk

Perbuatannya telah dirakam lalu dimuat-naik apabila beliau telah memadamkan permohonan maaf di akaun Instagramnya kerana takut akan tindak balas warganet. Ini yang menyemarakkan lagi kemarahan peminat dan warganet.


Akaun Instagramnya pula sudah dikosongkan kecuali satu gambar bertarikh 22 April.

jaehan9192

Sumber: Instagram


Daud Kim juga seorang bintang Kpop yang telah mendapat sambutan yang amat baik di Malaysia, lebih-lebih lagi setelah memeluk agama Islam setahun lalu.

TehTarik Kaw

Sumber: TehTarik Kaw


Dalam videonya itu, beliau turut berasa kesal atas perbuatannya yang jahil walaupun setelah memeluk agama Islam. Beliau mengakui tindakannya yang memalukan itu telah mencemarkan nama baik Islam.

Beliau mengakui tindakannya yang memalukan itu telah mencemarkan nama baik Islam

Beliau turut mengakui sudah berumahtangga sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak. Walau bagaimanapun rumahtangga mereka tidak bahagia dan sekarang beliau berjumpa isterinya hanya untuk melihat anaknya.


Isterinya bertegas tidak mahu diketahui umum. Beliau juga merayu untuk mereka tidak diganggu.


Sepanjang video tersebut, suaranya tegas dengan nada kesal. Ada beberapa bahagian yang beliau kelihatan tersekat-sekar untuk menyampaikan mesejnya.


Daud Kim mengakhiri video tersebut dengan menyatakan bahawa beliau akan muhasabah diri, solat dan bertaubat.

spiderman

Luahan wartawan: “With great powers comes great responsibility”


Peringatan ini bukan sahaja dikhaskan untuk Spider-Man, malahan untuk kita semua. Lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Mungkin ungkapan lebih sesuai “With a celebrity (status) comes greater responsibility.”


Namun tindakan segera Daud Kim untuk membuat memohon maaf secara terbuka seperti ini seperti beliau telah diberikan kesedaran dan keinsafan – hidayah – untuk mencerminkan tindakannya dan memulakan usaha untuk menjadi yang lebih baik.


Warganet rata-rata mengalu-alukan tindakan beliau.

Huwaida Romle

Sumber: Facebook

Warganet rata-rata mengalu-alukan tindakan beliau.

Sumber: Facebook

Syarifah Munirah Al-Attas

Sumber: Facebook


Bukan senang nak jadi baik! Bukan senang pun nak mintak maaf secara terbuka ni!

Bukan senang nak jadi baik! Bukan senang pun nak mintak maaf secara terbuka ni!

Kita, bila lagi? Tak perlu buat video pun. Cukuplah dengan memohon maaf kepadaNya dalam setiap solat kita. Dan memohon maaf sesama kita. Tak perlu tunggu raya. 0-0 Ye!


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page