top of page
Writer's pictureLintah Darah

Hiba, Budak 8 Tahun Meninggal Dunia Pada Hari Lahirnya


Budak 8 Tahun Meninggal Dunia Pada Hari Lahirnya

KL – Kebahagian menjadi pilu apabila seorang budak yang berusia 8 tahun, Muhammad Adam Danish Zaidi, dijumpai terjerut dengan kain tuala di besi penghadang katilnya.


Beliau sepatutnya menyambut hari jadi bersama dengan keluarganya.


TIDAK MENYAHUT PANGGILAN AYAH


Kecurigaan Zaidi Ariffin, bapa kepada Adam, bermula apabila sahutannya tidak dibalas anaknya yang telah menguncikan diri di dalam bilik.


Zaidi hanya tercegat setelah melihat anaknya yang tidak sedarkan diri.


Beliau berkata:


“Ketika itu saya terkejut melihat keadaan anak yang sudah tidak sedarkan diri dengan tuala terjerut dan mulut berbuih sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail Petra untuk bantuan kecemasan. Namun sebaik doktor (pegawai perubatan) tiba, anak saya disahkan meninggal dunia.”


PERMINTAAN TERAKHIR

Happy Birthday

Sumber: Oh My Media


Sebelum saat-saat terakhirnya, Adam melakukan perkara yang mencerminkan seorang anak yang soleh kepada orang tuanya.


Dia menerima kek yang biasa walaupun kek Ejen Ali yang diingini tidak dapat dibuat kerana bahan tidak mencukupi.


Beliau juga mengejutkan keluarganya untuk solat Subuh pada hari tersebut.


Kata Zaidi:


“Itu kali pertama dia kejut saya dan selepas itu dia tidak tidur sehinggalah Adam masuk ke bilik jam 4.30 petang sebelum ditemui meninggal dunia.”


Nenek Adam juga menambah bahawa kulitnya kelihatan lebih putih dan bersih sebelum pemergiannya.


Syurga tempatmu nak.

Syurga tempatmu nak.

Luahan wartawan: This is just heartbreaking. He was such a filial son. Maybe the aura his nenek saw was proof of his innocence and purity as a kid before his passing.

Salam takziah to the family.

Salam takziah to the family.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page