top of page

Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, Dua Dilaporkan Terkorban

Writer: Lintah DarahLintah Darah

halaman rumah, helikopter dengan warna merah dan putih

Sebuah helikopter terhempas di Taman Melawati, Hulu Klang setelah bertembung dengan satu lagi helikopter di udara. Namun, helikopter yang lain itu selamat mendarat di kawasan lapang.

Menurut laporan Harian Metro, ACP Mohamad Farouk Esha, Polis Daerah Kawasan Ampang Jaya mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan sekurang-kurangnya dua mangsa terkorban dalam nahas itu.

helikopter hancur , seorang wanita berpakaian pink dan seorang awak terluka
helikopter hancur , seorang wanita berpakaian pink dan seorang awak terluka

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya juga disahkan selamat dari nahas tersebut.

Ahmad Jauhari menggunakanan baju putih

Mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Mohamad Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44 tahun.

Bomba, helikopter putih dan warga

Sharifah Shahira, artis dan penyampai radio Suria FM mengatakan beliau terkejut apabila bunyi dentuman kuat kedengaran berdekatan kawasan rumahnya pada pagi Ahad.


Menurut ACP Mohamad Farouk, helikopter tersebut dipercayai telah berlepas dari Subang menuju ke Genting Sempah. Punca kemalangan dan kematian berhubung dengan nahas tersebut masih lagi dalam siasatan.


Luahan Wartawan: Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un


Seramnya dengar. Maybe visibility wasn’t so good, that could have been the reason for the crash. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page